Jumaat, 2 April 2010

LAPORKAN SESUATU YANG MENGANCAM NYAWA


Pada malam Ahad Isnin lalu aku memandu kereta ke arah Yong Peng. Sampai di simpang berhadapan Kilang Munchy, aku melihat kemalangan di simpang tiga itu. Oleh sebab ingin cepat, aku langsung terus meninggalkan insiden itu.


Tiga jam kemudian, aku melalui jalan itu semula untuk pulang ke rumah di Parit Sulong, aku melihat lampu trafic light tidak menyala langsung. Namun lampu yang ke arah Yong Peng menyala. Patutlah lori dari Batu Pahat, yang ingin membelok ke Yong Peng berjalan terus, kerana lampu hijau. Tetapi pemandu dari Yong Peng ke arah Parit Sulong mendapati lampu tidak hidup, mereka memecut macam biasa. Ini satu perangkap maut. Satu arah lampu hijau, satu arah tidak hidup langsung. Memang patutlah kemalangan tadi berlaku.


Esoknya jam 2.00 petang aku balik dari kerja ke arah Parit Sulong. Ai? Lampu itu belum dibetulkan? Tidak adakah ada orang yang buat aduan. Aku menghafal nombor telefon yang tertera di tiang trafic light itu.....074671276 (Aku ingat betul sebab hujungnya ada Dua Terjunam). Aku pun call. Diangkat oleh seorang pegawai lelaki. Beliau berjanji akan menyelesaikan masalah ini segera.

Aku bukan apa, kerosakan hanya mentol lampu itu boleh menyebabkan KEMATIAN atau KEHILANGAN NYAWA!


Wahai para sahabat, jika ada nampak sesuatu yang tidak menyenangkan seperti kerosakan lampu isyarat seperti itu, atau jalan berlubang, pokok tumbang atau hendak tumbang di jalan raya dan macam-macam lagilah, cepat-cepatlah bertindak, hubungi pihak yang berkenaan. TAKUT-TAKUT nanti, yang terlibat dengan kemalangan itu mungkin teman kita, saudara-mara kita, jiran kita, atau rakyat negara kita? Kalau yang mati itu peragut atau perompak tidak apalah juga, dapat juga jimatkan peluru pistol polis.

1 ulasan:

Mama Miraki berkata...

kena simpan nombor2 cam tu kan