MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 13 April 2010

PERKEMBANGAN BATU PAHAT 2010

Mercu tanda Pasar Awam Batu Pahat



Gambar-gambar ini kupaparkan di sini, bukan untuk anda yang sudah biasa berulang-alik
di Batu Pahat. Tetapi khas untuk orang Batu Pahat yang kini mungkin berada di New York, England, New Zealand, Alor Setar, Bintulu. Manalah tahu kalian dah membawa diri meninggalkan Batu Pahat 20 tahun dulu. Lihatlah perbezaannya Kawasan yang dahulunya semak dan banjir, kini sudah berdiri bangunan-bangunan tinggi (tetapi bukan milik aku!).



Ruang untuk berehat begitu banyak di Hospital Batu Pahat.
(Pemuda tampan ini tidak menyangka gambar dia masuk internet)

Bangunan tambahan Hospital Batu Pahat yang dalam pembinaan. Bakal menjadi antara
hospital daerah yang terbesar di negeri Johor.

Balai polis yang baru. Masih belum digunakan rasanya.



Sebahagian lagi Bangunan Balai Polis ini tersergam, persis bangunan di kota metropolitan.
Bakal menjadi balai polis terbesar di Johor.

Balai bomba yang juga baru, lokasi bersebelahan balai polis yang baru.
Kedua-dua bangunan ini terletak bersebelahan Pejabat Pendaftaran dan Pejabat
Tanah Batu Pahat.



Mesjid Sultan Ismail yang bernilai RM 8 juta


Bangunan apa pula yang dalam pembinaan ini?
Bersebelahan dengan Summit Parade.


Kedai Satriatex bersebelahan Bank Rakyat ini sekarang dikuasai oleh Sdra Dani Sulaiman. Masa dia kecik-kecik dulu, aku selalu sekeh kepala dia, tak sangka sekarang jadi ahli koperat. Dani anak kepada Puan Martini dan En Sulaiman (Martini kakak Masrom jiran aku di kampung) Adalah juga, wakil orangJawa memiliki kedai di Batu Pahat.

11 ulasan:

comeisari berkata...

MS gambar2 ni buatkan comei rindu banget pada kg yg dah 6 bulan tak di jenguk..insyaallah x de aral mggu dpn blk kg...yehaaaa...

MSOM berkata...

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, aku pilih hujan emas Comei!

Sakit-sakit kepala kena hujan emas boleh juga dijual.

YIN berkata...

Dulu masa aku form six kat SMKDL 1983-84 bila balik sekolah selalu singgah warong cendol mamak kat bus stand. Dulu guna parut tradisional nak parut ais. Kat mana sekaran mamak cendol. Kalau naik bas Lian Hoe ke Pt Sulong... konduktor akan pandang aku 5-6 kali... badan besar tapi pakai uniform sekolah... tambang baru 60 sen... kalau tambang dewasa 1.10 sen... pernah kehabisan minyak motor di Spg Pt Mustaffa dan terpaksa menolak motor sampai SMKDS... coz lupa nak mintak duit minyak dari abah... lepas tu pinjam motor member balik rumah ambik duit.( malu nak pinjam duit member )

MSOM berkata...

Oh kedai tu, nanti saya siasat. Lama dah tak jalan-jalan membetis. Ni ambik gambar pun naik kereta. Kalau saya ambik gambar ni di kedutaan Amerika, sure saya dah kena tangkap CIA.

tunbegia berkata...

takkan hilang wong jowo neng malaysia, kehh

salamm,

MSOM berkata...

Kurang-kurang ada juga ASAM JAWA,PT JAWA.......kannnnnn

YIN berkata...

Banyak lagi tuuuu.... mee jawa, rojak jawa, bahulu jawa, batik jawa ... Java Script...eh..eh boleh masuk ke?

MSOM berkata...

Betul tu kang, masa aku tulis komen di atas tu aku dah tak ingat yg tu semua. Fikiran tengah sibuk memikirkan resepi ni

YIN berkata...

Yela... org rumah dalam hari kena le ambil alih tugas2 di dapur... ye kita patut bersyukur Tuhan tak pilih orang lelaki untuk mengandung* dan beranak. Macam mengandung tu ade le... sebab Tuhan tahu orang perempuan lebih tahan sakit.

mymiee berkata...

Info yang bagus. Banyakkan lagi berita ttg Batu Pahat. Saya org BP tapi dah berpuluh tahun bermastautin di Selangor. Balik pun setahun sekali masa hari raya.

MSOM berkata...

Mymie,
Orang Batu Pahat ni orang kuat-kuat, sebab Batu pun, mereka pahat.
Mymie ni mesti orang hebat keluaran Batu Pahat.

InsyA aLLAH SAYA akan sertakan perkembangan jika saya berkesempatan.