MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 7 Mei 2010

HIDUP INI HANYA SEMENTARA

Gambar kenangan bersama Zul 1985




Allahyarhamah Rohaina Ali

Minggu ini setelah aku mengupload gambar di facebook, aku menerima berita yang agak menyedihkan. Zaidi Salleh mengumumkan bahawa sahabat sekelasku di MPTI pada masa itu,
Cikgu Rohaina Ali telah kembali ke rahmatullah kerana penyakit barah. Ini diberitahu sendiri oleh suaminya Mad Rozahan Mat Nayan kepada Zaidi Salleh.


Cikgu Zul Pasir Tumbuh

Semasa di MPTI, antara sahabat akrab aku ialah
Saudara Mohamad Zulkifli

dari Kota Bharu. Sahabatku tidak mengira dari negeri mana, walaupun ketika itu kadang-kadang
pelajar Johor dengan Kelantan sering bergaduh di mana-mana universiti atau maktab.

Puas sudah aku mencarinya dalam search engine Yahoo, Google dan FaceBook, namun aku gagal menemuinya. Rupa-rupanya Zul menggunakan nama Cikgu Zul Pasir Tumbuh. Tiba-tiba sahaja Zul muncul dalam facebook dengan imej yang sangat berkarisma. Pasir Tumbuh merangkumi sekolah pondok yang telah mengeluarkan ramai ilmuan agama. Zul sentiasa mengingatkan aku tentang haluan hidup. Memang Zul masih istiqomah dengan pegangan agama dan semakin kukuh.




Begitulah rapatnya hubungan persahabatan aku dengan Zul.
Yang menuntun basikal itu ialah orang kuat di PPD Batu Pahat,
En Azman Shahdan. (Lokasi di kampung Pt Nipah, kampung Encik Azman)




Allahyarhamah Rohaina (bertudung hitam) semasa konvo 1988.


Sesungguhnya hidup ini hanya pinjaman...Alfatihah

6 ulasan:

ONE ZABA berkata...

ikut giliran.....

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

aku masih ingat semua kwn2 ko ni....walau cuma kenal gmbr dan aku masa tu terlalu kecik, sebahagian je yg pernah dtg rumah.. muda lg dah pergi ya... takziah pd keluarga beliau.

MSOM berkata...

Entah bila giliran kita ONEZABA?

MSOM berkata...

kADANG2 AKU PELIK tengok MM ni, ingatan mu memang kuat betul.

tunbegia berkata...

Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return, alfatihah wat arwah,

salamm,

MSOM berkata...

Semoga Rohnya dilimpahi RahmatNya Tunbegia.