MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 28 Mei 2010

SEBUAH PERTEMUAN YANG SYAHDU


Cikgu Affandi Kasim dan Encik Baharudin Basir
berbual panjang setelah 23 tahun tidak berjumpa

Baharudin Basir


Kira-kira setahun yang lalu, Puan Kamisah Buang kawan sekelasku sewaktu sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Tenaga Setia) dahulu menelefonku. Beliau kini menjadi pensyarah. Kamisah mengatakan ada seorang rakan lamaku ingin menghubungiku. Orang yang dimaksudkan ialah Encik Baharudin Basir. Menurut Kamisah, Baharudin telah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pendidikan Khas.

Beberapa hari lalu, tiba-tiba Baharudin menelefonku. Katanya ingin ke Batu Pahat kerana hendak memantau program Linus di sebuah sekolah di Batu Pahat. Aku cepat-cepat bertanya sekolah mana? Lega aku dibuatnya apabila beliau menyebut SK BANDAR.

En Baharudin, kini memegang jawatan jemaah nazir kerana beliau sudah penat berulang-alik dari Putrajaya ke Jasin. Sebagai guru, biasalah apabila disebut nazir, memang fobia sikit.

Baharudin ialah teman serumahku semasa menyewa rumah di Jalan Baiduri, Nong Chik di Johor Bahru dahulu. Afandi dan Baharudin merupakan juniorku. Kami menyewa rumah itu seramai 10 orang. Dengan berkongsi, maka setiap orang cuma mengeluarkan RM 35 untuk bayaran sewa itu.

Baharudin dengan Saadon memang banyak merancang aktiviti lapang kami. Antaranya menangkap ketam pada waktu malam buta di pantai (Danga Bay sekarang). Berjoging melalui rumah-rumah mewah kerabat diraja di Jalan Strait View sampai ke Pantai Lido. Bermain gitar dan menyanyikan lagu rock kapak seperti Cinta Tiga Dimensi, lagu-lagu Lefthanded dan lain-lain.

Itu dulu, 23 tahun dulu. Kini semuanya sudah berlalu. Afandi Kasim ialah teman baik Baharudin.
Maka pada kesempatan Baharudin datang ke Batu Pahat ini, sedaya upaya aku menemui di hotel penginapannya. Baharudin berada di SK Bandar selama dua hari.

Akhirnya aku dapat menemui Baharudin jam 6.00 petang Rabu 26 Mei 2010. Aku mengajaknya berborak di BP Walk, Batu Pahat. Setelah sejam berbual, kami bersolat di mesjid Jalan Ampuan.
Seawal jam 7.45 kami sudah ke rumah Afandi. Betapa terkejutnya Afandi dapat menemui kawan lama! Semuanya tanpa menggunakan facebook. Nombor handphone Afandi pun sudah ditukar. Tersesat juga aku dan bertanya ke sana-sini di mana rumah Afandi. Aku sudah tiga kali ke rumahnya, tetapi tiga tahun dulu. Malam-malam mencari rumah orang jadi keliru, lagi pun banyak rumah baru di taman perumahan itu.

Setelah jam menunjukkan jam 9.30 malam aku mengajak Baharudin untuk mengundur diri. Oleh sebab Afandi belum puas berbual dengan Baharudin, dia sanggup menyusul kami sehingga ke hotel penginapan Baharudin. Aku meminta diri untuk pulang, dan mereka meneruskan perbualan tentang kenangan silam yang manis untuk dikenang.

7 ulasan:

ONE ZABA berkata...

Baharudin tu aku ingat...aku pernah ke rumah dia di Melaka masa maktab dulu. afandi tu aku tak berapa ingat la....jenuh dah aku flasback..tak muncul jugak.

MSOM berkata...

Semasa di maktab, di mana ada BAHA, di situlah ada FANDI. ONEZABA ni kira rapatlah tu, sampai boleh sampai rumah dia. Aku sendiri pun tak pernah ke rumahnya.

ONE ZABA berkata...

som...ko mesej aku no tepon baha tu...

SeNDuDuK PuTiH berkata...

Cepat benar masa berlalu kan...
Sedar tak sedar dah berpuluh tahun masa berlalu...

MSOM berkata...

Sedar tak sedar, dah menghampiri umur warga emas

YIN berkata...

Masih nampak macam 30-an... tu le khasiat kelapa dara... kalau ngaku bujang ada yang percaya lagi tuuuu...jangan buat keje... sayangi keluarga kita.

MSOM berkata...

Ada-ada saja Cikgu Baharin ni, wong semuanya sudah tua sebenarnya, kulit semakin kendur, mata bertambah kabur......Hidup di dunia ini cuma satu perjalanan