Rabu, 30 Jun 2010

Perginya Seorang Ustaz


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk para sahabat yang sentiasa setia mengikuti blog aku yang tidak seindah mana ini. Beberapa hari ini aku memang agak sibuk dengan tugas rutinku. Lantaran itu, aku tidak dapat menulis sesuatu untuk menceritakan perkembangan terbaru di sekelilingku.



Pada tanggal 29 Jun, kembalinya kerahmatullah Ustaz Meeraj. Allahyarham meninggal dunia pada pagi selasa pada tarikh tersebut. Beribu-ribu sahabat dan anak muridnya menghantar jenazah Allahyarham ke perkuburan Parit Besar, Batu Pahat. Jasa dan bakti ustaz dalam menegakkan agama Allah di atas bumi ini tetap menjadi memori abadi. Jenazah ustaz telah selamat dikebumikan selepas Asar pada hari tersebut. Sebagai bekas salah seorang muridnya, pasti ada kenangan yang tidak dapat aku lupakan sewaktu belajar dengan beliau dahulu.




Selain itu beberapa kawasan Parit Sulong seperti Parit Tegak, Pt Gantung, Pt Pulai dan perkampungan Jalan Muar Pt Sulong dilanda banjir kilat. Air dikatakan separas lutut di sesetengah kawasan. Namun aku tidak dapat mengambil gambarnya kerana keterbatasan waktu, kerana kami sedang dalam proses mengubah suai rumah, supaya suasananya lebih mesra tetamu terutama pada hari raya nanti. Ditambah pula UPSR yang semakin hampir, maka sudah semestinya banyak program yang dirancang perlu dilaksanakan dengan segera. Sekian sahaja coretan daripadaku untuk kali ini. Semoga kalian sentiasa dilimpahi kerahmatan dan perlindunganNya. Amin….

4 ulasan:

XYZ berkata...

moga ustaz tu ditempatkan dlm golongan org2 beriman =)

MSOM berkata...

Amin, ya Allah...Miss XYZ

SeNDuDuK PuTiH berkata...

Al Fatihah untuk rohnya..
Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang Soleh... Amiinnn...

Ini ialah gambar kenangan Ustaz...

http://bekaspelajarsmsm.blogspot.com/2008/09/cikgu-haji-abdul-rahman-dalam-kenangan.html

Tanpa Nama berkata...

Semoga ruhnyer bersama2 orang yang beriman..