MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 5 Jun 2010

PELAYARAN GADIS JELITA -JESSICA WATSON


Photographs taken from the JESSICA'S BLOG





Kali ini saya ingin bercerita tentang lain daripada biasa. Sudah jemu bercerita tentang apa yang berlaku di persekitaran saya. Dunia politik yang penuh fitnah dan mehnah. Dunia jenayah yang tidak sudah-sudah. Baru saya hendak bercerita tentang perkembangan rakan saya, saya pula dituduh hendak menambah cawangan. Selepas ini saya ingin bercerita tentang apa yang berlaku di atas muka bumi ini. Pertama........!


Kejayaan gadis jelita Jesicca Watson ini begitu menguja diri saya. Bukan kerana dia cantik, tetapi usianya yang baru 16 tahun telah berjaya mencipta rekod pelayar temuda mengelilingi dunia SECARA SOLO, tanpa henti dan tanpa bantuan! Pelayaran dengan kapal layarnya yang dinamakan ELLA'S PINK LADY yang juga comel memakan masa selama tujuh bulan (210 hari).



"Saya terharu. Saya tidak boleh berfikir dan berkata apa-apa pada masa ini," kata Jesicca dalam temu ramah secara langsung di layar di luar Opera House, Sydney.

"Ia semuanya keterlaluan, namun amat hebat."

Semasa Jesicca mula belayar dari Syedney, 18 Oktober 2009 lalu, ibu bapanya dikritik hebat kerana membiarkan anak gadis mereka ingin melakukan satu rekod gila. Tetapi mereka yakin, anak mereka mampu melakukannya. Jesicca mula belayar ketika berumur lapan tahun.

Jesicca belayar ke arah timur laut menerusi Pasifik Selatan dan menyeberangi garisan khatulistiwa, selatan ke Cape Horn di hujung Amerika Selatan, Lautan Atlantik ke Afrika Selatan menerusi Lautan Hindi dan mengelilingi selatan Australia.

Saya memang sungguh teruja dengan kejayaan Jesicca ini kerana, saya memang cukup takut dengan ombak. Pernah sekali dulu semasa di Pulau Pangkor, saya naik bot mengelilingi Pangkor Laut, saya sudah menggigil dan jika boleh hendak naiki ke darat dengan cepat. Jadi apabila saya terbaca kejayaan Jesicca Watson memang saya rasa dia memang orang yang sungguh berani.

Pengajarannya, yang saya sedih di negeri kita ini, segelintir anak gadis kita bukan berani belayar di lautan, tetapi mereka berani mengorbankan harga diri kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya. Adakah anda ingin menafikan? Saksikan sahaja berita-berita sedih di akhbar harian kita. Satu rekod yang mungkin boleh kita tidak nafikan ialah, ramai gadis kita sudah berani belayar ke Pulau Lombok!

1 ulasan:

Imddin Ahmad berkata...

Ya.. Itulah keberanian anak-anak gadis bangsa kita... Diri sendiri, ibu bapa, nak salahkan siapa lagi..?