MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 5 Jun 2010

PEROMPAK SUDAH MENGGILA


Petikan Metro 4 Jun 2010

Kejadian ini bukan yang pertama, tetapi entah sudah kali yang keberapa?

Minggu ini kita dikejutkan dengan kisah yang dijangka di Gaza, cerita pemimpin utama Acheh yang meninggal dunia, dan 1001 kisah manusia yang kebanyakannya menyiat-nyiat dan menyayat hati sanubari kita.


Berita di atas ingin aku ketengahkan, kerana ia sudah dikira melampau....

Kisah tragis di atas berlaku Bukit Gambir, Muar hanya hanya 45 minit perjalanan dari rumahku ini. Pihak polis telah menambah jumlah anggota dan menggiatkan rondaan. Kita boleh lihat situasi itu, di mana sejak akhir-akhir ini kereta peronda polis telah masuk ke semua ceruk desa dan kota.


Namun penjenayah ini begitu licik. Mereka juga bertambah kejam. Bukan sahaja merompak tetapi melakukan keganasan seperti pengganas Serb di bawah pimpinan Radovan Karadzic,
merogol isteri di depan anak dan suami mangsa.


Seharusnya penjenayah ini harus dihapuskan dengan segera. Penduduk kampung dan kawasan perumahan mestilah sentiasa berwaspada sepanjang masa. Mereka akan terus melakukan kekejaman ini apabila kita leka.


Sebagai ketua keluarga kita harus memastikan rumah kita selamat. Kita mesti berlatih bagaimana jika ada perompak menziarahi rumah kita, supaya apabila terkena, kita tidak gelabah dan panik, dan anak isteri kita tahu apa yang mereka perlu buat.


Semoga kita semua tidak menjadi mangsa kepada kekejaman manusia yang semakin gila ini.

Tiada ulasan: