MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Isnin, 7 Jun 2010

RADIX FRIED CHICKEN SEMPENA HARI JADI ARINA


Pada tahun 1998 dulu ketika aku join HPA, aku tidak terbayang HPA boleh membina
empayar francais ayam goreng ini. Aku ingat lagi seorang sahabat
ketika itu memperlekeh, katanya paling lama syarikat ini setahun sahaja hayatnya.
Kerana ketika itu katalog pun banyak yang fotostat, manalah member nak percaya.
Sekarang HPA sudah ada bangunan sendiri bernilai RM 60 juta di Kuala Lumpur.

Tanggal 7 Jun merupakan hari jadi Arina yang ke lima tahun. Oleh sebab sekarang
sedang sibuk kempen pulaukan produk Yahudi, maka walaupun Kluang agak jauh, kugagahi
jua ke sana, semata-mata kerana ingin merasa kelazatan
ayam goreng organik Radix Fried Chicken.


Dengan RM 53.95 kami dapat dalam 15 ketul ayam, dua botol Radix Cola,
dan makanan eksesori yang aku tak tau nak sebut (makan jelah),
dan istimewanya dapat hadiah 2 botol sos Cili HPA (untuk dibawa pulang)



Ruang untuk anak-anak bermain disediakan


Tingkat atas ada disediakan surau untuk lelaki dan surau untuk perempuan.
Pendek kata apabila berkunjung ke sini, seperti menziarahi
rumah adik-beradik sendiri


Hah engkau, mana nak habis, ada 6,7 ketul lagi tak habis makan (malam ni tak payah masak
lauk), Cili Sos yang dihadiahkan oleh RFC.

6 ulasan:

Mama Miraki berkata...

tak tau nak cari kat mana radix fried chicken kat KL ni..kalau kat utara tu ada. nampak cam sedap jer kan....ayam organik lagi.....kat PS tak nak bukak ker........

MSOM berkata...

Dengar khabarnya RFC akan dibuka di Bangi dan Shah Alam. Saya difahamkan dlm masa terdekat, entah2 dah ada, nanti saya check.

Setakat ni yg ada memang banyak di utara Sungai Petani ada dua, Alor Setar, Kubang Kerian Kota Bharu, Mydin MITC Air Keroh, dan Kluang.

Pelik kan Kluang lebih awal daripada KL kota Metropolitan itu? Miraki tau sebabnya, sebab 'cawangan' Tuan pengarah kita ada di Kluang, senang nak pantau RFC tu.

Mama Miraki berkata...

oooooo cam tu ehhhh...mana ada "cawangan" situ kena bukak dulu eh....dah macam "wong solo" aje tu...hehehehehe

catz berkata...

oh, RFC akan dibuka di bangi??..
yey!
hows the taste? sedap as ayam goreng paling popular kah???
teringin sgt nak makan, tapi jauh.
:)

MSOM berkata...

CATZ
Begitulah berita2 yg didengar dan dibaca, daripada web syarikat. Juga melalui angin2 di blog AHLI2 HPA.

Nak tau perkembangan sykt layari
blog Pengarah Urusan HPA,

(jawiherbshop.blogspot.com)

Eh, mestilah sedap CATCZ,
Inilah satu2nya restoran Ayam Segera (organik lagi) milik Muslim yang berdaya maju dan mempunyai potensi yg besar, kerana mereka ingin sesuatu yg benar2 halal dan
duit kita tidak mengalir ke luar negara.


Jika sudah dibuka di Bangi nanti, saya akan beritahu Catz.

Tkasih Catz keran sudi ke sini.

Radix Fried Chicken berkata...

Salam

Radix Fried Chicken telah membuka 2 cawangan di Lembah Klang

2 Jalan Kristal J7/J
Seksyen 7
40000 Shah Alam

A-02-G Jalan Medan Pusat Bandar 5
Paragon Point @ BICC Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi

Terima kasih!