MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Isnin, 19 Julai 2010

KENAIKAN HARGA BARANGAN UTAMA


Aku menerima beberapa SMS yang melahirkan kekecewaan mereka tentang kenaikan harga barangan utama minggu lalu. Sebenarnya kita sudah letih dengan isu ini. Padaku sesiapa pun yang memerintah, isu kenaikan barang ini akan kita hadapi. Kerana apa? Ia berkaitan dengan ekonomi. Cuba tanya kedai runcit, berapa mereka dapat daripada sekilogram gula? Mereka dapat 5 sen sahaja. Yang lega sedikit ialah kilang gula. Pengedar dan pekedai sama sahaja.

Jika tidak puas hati, terjemahkanlah di kertas undi pada pilihan raya akan datang. Tidak payahlah hendak mengamuk dan memberontak. Buat letih saja. Ia juga menyebabkan kita terkena penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan kemurungan serta stress. Adalah lebih baik kita buat bisnes dan cari pendapatan sampingan bagi menampung kenaikan harga barangan itu.

12 ulasan:

~ Mummy Gee ~ berkata...

betul2....luahkan rasa ketidakpuasan hati anda dikertas undi... tak salah kita cuba beralih angin kut2 ada improvement... kalau sama gak kita boleh tukar lagi... siapa kata 'kita' tak ada kuasa????

Wong Khoo Lai berkata...

Minyak petrol dah naik....Minyak kelapa dara naik harga tak?

Tanpa Nama berkata...

setakat naik Rm0.05....naik Rm2.70 seliter pun berjalan gak...jangan biasa jadi bangsa subsidi...

Siti Indrawati berkata...

Salam Cikgu..betul tu apa pun sebagai pengguna kita kena bijak berbelanja..cuba pk positif n rasional walaupun perkara tu negatif.

en_me berkata...

gula tetap manesss.. uhuhu

MSOM berkata...

Mummy Gee,
sejarah dunia ini menyaksikan tidak ada kerajaan yg kekal.

Firaun siapa yg tak kenal, kini tinggal pyramidnya.

Namrud.

Suharto.

Kerajaan Melayu Melaka.

Allah menggilirkan pemerintahan. Ada kerajaan yang berusia 10 tahun, 50 tahun, 10 tahun, 800 tahun. Tetapi akhirnya ke mana mereka? Rom, Parsi?

Soviet Union?

Fikirlah.....kita cuma manusia!

Yg kekal ialah kekuasaan Allah sahaja!

MSOM berkata...

Yin,
harga kelapa masih sama, lainlah kalau beruk dah mogok mintak naik gaji.

MSOM berkata...

Anynomous,
Betul kata Tuan Hamba tu, naik 78 sen pun kita tak ada apa, nikan pula naik 5 sen. Jutawan mana nak mengeluhkan?

Usahawan selalu menjadikan MASALAH sebagai PELUANG.

Harga gula naik, kita tanam tebu, perah minum sendiri. Kalau tak pun minum TEH STEVIA yang ada pemanis herba daun stevia. Sihat dan menyihatkan.

MSOM berkata...

Siti Indrawati,
masa harga insurans kenderaan naik semua dia je, pada hal itulah kenaikan yang paling mencengkam rakyat bawahan. Adakah patut kerete buruk diinsurankan sehingga RM 300- RM 500?

Harga barang hard ware naik semua diam juga.

Pada hal harga barang lain naik mendadak tanpa kita sedari. Bila kita ke kedai, "SEKALANG HARGA SULA NAIK MA"

MSOM berkata...

EN ME,

ADA SATU LAGI, MADU ITU MANIS, DIMADU ITU PAHIT

pembela insan berkata...

mungkin mereka yg bergaji tinggi tidak terasa perbezaannya..... tp fikirkan mereka yg bergaji rm400-700... bukan ingin meminta sedekah dr kerajaan.... tp kerajaan pn kne la fikirkan ttg rakyat.... yg bergaji tinggi tu nk ke bantu yg gaji cukup2 mkn?aku pasti jwpnnya mmg tidak.. 5sen mmg lah xtrase bg mereka yg bgaji tinggi... tp jgn bg pandangn atas dasar kewangan diri sendiri... belajarlah berfikir untuk org lain... apa gunanya kerajaan yg kaya raya tp rakyat merempat??? yg kaya terus jd kaya...yg miskin tetap merana.....

MSOM berkata...

Pembela Insan,
kata2mu betul belaka. Sekarang kan dah berlangsungnya zaman hukum rimba, yg kuat telan yg lemah.