MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 10 Julai 2010

Pangkat itu mengubah persepsi persahabatan.


Menemui kawan-kawan lama sungguh mengharukan. Aku cukup gembira jika ada teman yang datang ke pekan kecil ini, dan sudi untuk bersembang dengan aku. Aku harga sangat, kerana mereka datang ke sini, semata-mata ingin menemui aku. Mereka kawan-kawan lama. Zaman bujang dulu. Zaman makan nasi berlaukkan bawang dan bilis goreng.

Namun dalam ramai-ramai itu, ada juga teman lama yang sudah berubah. Baru dapat kedudukan sikit, sudah bersaya awak dengan aku. Apabila dihubungi, "Ada apa telefon saya?" Sejak itu aku sudah malas nak mengingati dia. Bukan aku nak mintak dia luluskan apa-apa, sekadar bertanya khabar. Dapat nombor handphone pun melalui kawan yang lain.

Mengapa mereka menjadi begitu protokol? Aku cukup kagum dengan seorang temanku ini. Walaupun kini sudah menjawat jawatan Nazir Persekutuan, namun sikapnya masih seperti 23 tahun yang lalu. Beliau menganggap kawan-kawan lamanya seperti adik-beradik sendiri. Beliau ialah Encik Baharuddin Basir.

"Buat apa kita nak eksyen sangat dengan member? 12,13 tahun lagi kita pencen, masa tu baru tau, langit tinggi ke rendah?" Ujarnya apabila aku mengkagumi sikapnya itu.

11 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

betul kata kwn ko tu... bila dh pencen selalunya mereka baru tersedar dr lamunan ~ ramai org berpendapat begitu..takpe la, di sisi Allah kita ni sama saja...hanya amal yg membezakannya.

ONE ZABA berkata...

sapa kawan kita yg eksen sgt tu...meh kita luku ramai ramai.

Bahreyn berkata...

Bagi aku pangkat sekadar gelaran.
Buat apa nak xsen bila dah ada pangkat. "Ular menyusur akar tak hilang bisa". Ikut resmi padi... makin berisi semakin tunduk. Aku adalah orang yang tak pandai nak berprotokol...

Bahreyn berkata...

Bagi aku pangkat sekadar gelaran.
Buat apa nak xsen bila dah ada pangkat. "Ular menyusur akar tak hilang bisa". Ikut resmi padi... makin berisi semakin tunduk. Aku adalah orang yang tak pandai nak berprotokol...

Bahreyn berkata...

Bagi aku pangkat sekadar gelaran.
Buat apa nak xsen bila dah ada pangkat. "Ular menyusur akar tak hilang bisa". Ikut resmi padi... makin berisi semakin tunduk. Aku adalah orang yang tak pandai nak berprotokol...

Bahreyn berkata...

Bagi aku pangkat sekadar gelaran.
Buat apa nak xsen bila dah ada pangkat. "Ular menyusur akar tak hilang bisa". Ikut resmi padi... makin berisi semakin tunduk. Aku adalah orang yang tak pandai nak berprotokol...

MSOM berkata...

Sam,
Dalam kehidupan ini kita akan menemui macam2 ragam manusia.

BILAL sahabat Nabi berkulit hitam buruk ,tidak juga kaya , tetapi nabi mengangkatnya sebagai sahabatnya.

MSOM berkata...

One Zaaba,
Dia tidak semaktab dgn kita, tetapi rakan sekerja, ketika itu pertama kali posting, kita akan temui kawan-kawan baru, dgn dialah kita ke sana, ke sini, tengok wayang, kadang2 memancing, dsb, yelah zaman bujang2.

Cuma kerana sedikit kelebihan yg diberi dia melupai kawan2 lama.

MSOM berkata...

Bahreyn,
Mesti Bahreyn ni sudah di mercu kerjaya. Tahniah. Syabas kerana Bahreyn masih mengekalkan kemesraan dgn rakan2 seperjuangan.

Tanpa Nama berkata...

Pangkat..apalah yg ada denganye..bg la setinggi mana pun mati x bawak pun kan Cikgu MS..jadi dimana pun kita,siapapun kita..hanya Allah yg tahu.tp kalu Pangkat tu bisa kita membantu sesama manusia dalam susah dan senang menjadikan kita lagi disayangi.cam gelaran CIKGU..dah x ada pun akan disebut...insallah...G

MSOM berkata...

G semakin berahsia, kini guna TANPA NAMA. BAGAIMANAPUN TKASIH kerana rajin jengok BLOG saya yang tidak sehebat mana ini.