MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Ahad, 11 Julai 2010

PERKHEMAHAN SG BANTANG BEKOK 2

Setelah merentas hutan dan menyeberangi lumpur mereka dibenarkan mandi.
Pehh sukanya bukan main.....tak jadi marah Encik Husin

Saat yang paling menyeksakan para peserta perkhemahan.
Merangkak dalam lumpur hitam yang menjijikkan

Ni nama dia Pokok Gajah Beranak.....khasiatnya bla bla bla...
En Husin bersungguh-sungguh menerangkan kepada murid-murid kami.

Persembahan Cikgu Roy Fahmi dan Cikgu Faizal
ternyata seperti persembahan artis terkenal

Cikgu Burhan mengawasi murid yang sedang menjalani
aktiviti merentas hutan Sungai Bantang

Dah lama tak tidur kat khemah, best juga rasa macam tidur kat rumah juga

En Husin dari pasukan Renger memberi banyak ilmu tentang mengembara di hutan dan pokok-pokok herba


Balik-balik muka aku...habis ni kan blog aku...huhuhuhu
Jangan le ketawakan aku pakai stokin di luar.Kawasan ini banyak pacat....! Pokok balak di belakang aku ni kata Encik Husin sudah berusia 250 tahun. Inilah pokok yang paling besar dan paling senior di hutan ini.

6 ulasan:

Mama Miraki berkata...

ohhh..semua sekolah sibuk buat kem sekarang ni. yea. Iki dan Ika pun baru balik dari kem KOKO kat "Kem Lembah Genting" dari jumaat sampai lah hari ni...balik dah kepenatan dah zzzz pun....lagi 2 minggu ada kem pengawas pulak....

MSOM berkata...

Perkhemahan ni mesti diadakan kerana ia arahan kementerian Pelajaran.
Cikgu mesti jaga para pelajarnya supaya tidak ada yang mendapat kemalangan seperti yang pernah terjadi. Alhamdulillah semuanya selamat. Anak Mama Miraki pun selamat....

Mama Miraki berkata...

Memanglah arahan kementerian...tapi kan kadang2 tu amcam tak sesuai ler dgn peringkat umuranak2 yg baru 10-12tahun tu...mengharung lumpur..terbaca pasal pusatperkelahan Lubuk Yu yg ditutup sebab ada jangkitankencing tikus tu...mcm takutjer nak benarkan anak2 pegi..ni dah macam keletihan sangat2...homework belum buat...esok takut nak dtg sekolah takut cikgu marah hmwk x siap...silap2 pon***g ....esoknya...hehehhe

Tanpa Nama berkata...

Sekolah aku akan buat perkhemahan di Kem Dayang, Pekan Nenas, Pontian pada 6-8 Ogos 2010. Kat KL seorang pelajar dikenakan RM80.00 mak bapak relex jerr x komplin. Sekolah aku baru dikenakan RM50.00 dan macam hampir kena batal coz kononnya x mampu. Bapak pakai hp 3g, kereta agak mewah, hisap rokok lagi boleh pulak spend duit. Geram dgn sebahagian mak bapak yg terlalu berkira untuk kepentingan anak mereka.

Tanpa Nama berkata...

dalam2 dok membaca blog MS yg best ni...tiba2 tergelak plak..sorri MS..bkn apapun..ayat BALIK2 MUKA AKU..habis ni blog aku..LAWAK PLAK..apapun semoga semuanyer selamat..tiada yg merintangi dlam apa jua yg kita lalui..G..

MSOM berkata...

G....? Suspen gak baca komen anda tu, siapalah G ni yea? Nampaknya saya tak boleh cerita sembrono saja di sini kan? Fasal semua dibaca orang. Salah tulis kena saman 5 juta.