Khamis, 8 Julai 2010

STASTISTIK KECURIAN KERETA

Sudah tidak tahu apa yang ingin diceritakan pada entri kali ini, aku ingin kongsikan sesuatu yang
sangat dekat pada kita. Usah difikir ia terjadi kepada orang lain. Sesiapa pun boleh kehilangan kereta tidak kira kereta itu kereta mewah atau kereta cabuk.

Bayangkan keluar dari shoping compleks tiba-tiba sampai di parking, kita lihat kereta kesayangan kita ghaib....? Bayangkan pula kalau itu sahajalah satu-satunya kenderaan kita untuk pergi bekerja
dan menghantar anak ke sekolah? Nauzubillah....!


Menurut Ketua Pengarah Eksekutif ISM Insurance Services Malaysia Bhd, Charl Rajendram:


2008 - jumlah kecurian kereta 9899
2009 - jumlah kecurian kereta 8673

Jumlah tuntutan ganti rugi Insurans ialah:

2008 - RM 446 juta
2009 - RM 404 juta

Peratus kecurian mengikut Negeri:

Selangor - 20%
Johor - 13%
Perak - 10%


Jenis kereta yang dicuri:

Proton - 3873 buah kereta
Toyota - 1472 buah kereta
Perodua- 921 buah kereta

Kereta-kereta mewah juga dicuri untuk diseludup ke luer negara.
Manakala kereta tampatan dan kereta murah akan dipotong alat gantinya untuk dijual kepada bengkel-bengkel kereta.

Oleh itu bacalah TIP SUPAYA KERETA TIDAK DICURI

2 ulasan:

~ Mummy Gee ~ berkata...

Sekarang ni macam2 taktik org nak mencuri. Ada yg kereta dah kunci dan tambah lagi dgn steering lock pun kena curi gak. Rupa2nye pencuri bawak tow truck ... kalau kita nampak ada tow truck tunda kereta sure kita ingat kereta tu rosak or kena tarik finance kut, rupa2nye org curi kereta... macam2...

MSOM berkata...

Untuk itu Mummy Gee, ikut tip ini:

Tip no 11.
Parkir kereta dengan keadaan roda membelok habis ke kiri atau ke kanan. Ini menyukarkan kereta daripada ditunda.(lepas tu lock stering).
Rasanya kalau ditunda, tayar tadi akan berasap di tengah jalan.