MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Isnin, 16 Ogos 2010

BELI KUIH SAJA PETANG NI


Puasa yang ke enam ni barulah nak berbuka secara simple. Sebabnya hujan amatlah lebat petang ini, dan aku tidak dapat ke pekan seperti biasa.
Penjual kuih di simpang Pt Gantung itu menjual kuih yang sedap belaka. Kalau datang pukul 6.00 ptg alamatlah sudah licin. Jadi seawal jam 3.45 aku sudah mampir ke sini. Murah pulak tu, harganya masih 20 sen sebiji. Yang ada di Simpang Tiga (cuma beberapa meter dari situ) semua sudah 25 sen. Dahlah kat sini murah, rasanya sedap pula. Apa salahnya aku jadi duta kuih?
Habis juga aku beli kuih RM 5.50. Paling banyak yang kuih hijau putih yang ada kelapa tu, aku beli 15 biji. Ini kerana ia diminati oleh Hamidah, Arina dan Ili. Iwan pula minta kuih donat bersambal (tiada dalam gambar). Kuih warna cokelat tu, kuih kole? Entah apa namanya? Tu kuih yang paling aku minat. Ia diperbuat daripada kacang hijau. Irfan pula minat kuih lapis. Tu yang jadi macam-macam tu.
Petang ini Hamidah masak sup ayam organik HPA. (jangan sebut tentang sistem MLM, ada member dah marah-marah kat entri aku kat bawah tu, gasaklah dia). Harap-harap dia tak kutuk aku kat sini. Anak-anak mintak air bandung buatan sendiri. Dah jemu minum air soya.
Kurma Safia Yusuf Toyub (sebut secara bisikkk) macam iklan akan menjadi introduction berbuka puasa kami sekeluarga.

7 ulasan:

NoorGie berkata...

wah wah wah
mr som..hari ni 'mandi' kuih muih nampak...tertarik dgn catatn sup ayam HPA..saya pun sejak bulan lepas mula mengemari ayam HPA...setelah diperkenalkan oleh seorang rakan sekerja...rasa dia mmg lain dari ayam2 yang terjual dipasaran...

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Ayam HPA? Nanti klu aku dtg rumah..gorengkan seketul ya? Aku nak rasa.

Kuih hijau yg ada kelapa tu Puteri Ayu.. kami pun beli byk arini. Mmg kegemaran aku pun.

MSOM berkata...

Cikgu Norgie,
Ayam tu makan herba dan tidak disuntik. Sesuai utk menjaga kesihatan.

Miss Mirror,
No problem, ia memang sedap kalau digoreng. Tetapi ada rasa herba sikitlah.

NoorGie berkata...

mr som..ada rasa herba ke...hehehe...saya makan x perasan pulak..yg pastinya rasa dia sedap hehe

MSOM berkata...

Aku dah malas bercakap dengan orang yang sakit macam sdra ni. Kau duduk kat hutan lagi baguslah, pakai cawat, minum air batang kayu, makan biawak!

MSOM berkata...

Sdra pengecut, kau berani di sebalik nama palsu, fitnah sesama sdra Islam bulan Ramadhan ni. Kenapa kau tak hentam syarikat kafir tu. Balik2 kau hentam sykat orang Islam kita.

MSOM berkata...

Lepas ni semua komen kau aku delete. Kau benar2 mencabar kesabaran aku.