MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Ahad, 8 Ogos 2010

FAKTOR-FAKTOR KENAPA LELAKI SENTIASA HAPPY


Berikut ialah sebab-sebab Lelaki Sentiasa Happy-petikan majalah Mastika Ogos 2009:

  1. Tidak perlu mengandung
  2. Boleh kencing merata-rata
  3. Kedut dan boroi lambang kejantanan
  4. Orang tidak memandang ke dada apabila bercakap dengan mereka
  5. Berbual di telefon 30 saat sahaja
  6. Boleh pakai sepasang baju dan sepasang seluar untuk cuti selama lima hari.
  7. Dipuji sebab berjaya keluarkan satu idea ciput.
  8. Boleh pakai seluar dalam RM 9.90 sekotak ( ada 3 helai).
  9. Boleh pakai baju yang berkedut.
  10. Apa yang ada di muka semuanya original.
  11. Stail rambut sama sahaja selama bertahun-tahun, mungkin berdekad.
  12. Boleh pakai sepasang kasut dan sepasang stoking, sampai koyak.
  13. Boleh pakai seluar pendek walaupun kaki macam....!!!!
  14. Misai berserabut, no hallah........

Lepas ni kita fikir pulak kenapa wanita pula sentiasa happy....antaranya sebab boleh shoping berjam-jam tak peduli suami marah ke tidak?

9 ulasan:

mek klate berkata...

Yg no 8 tu bolih diguna pakai ke fakta tu....tak ke pakai dua hari getah dah kendur?

ONE ZABA berkata...

mek klate... yg no. 8 tu KIRA PAKAI BUANG LA.

~ Mummy Gee ~ berkata...

memang happy dapat shopping berjam2 apalagi klu si suami bagi bekalan RM dan credit card yang mencukupi, klu guna sendiri punye duit para isteri kurang happy...so suami di luar sana kalau nak isteri anda happy bagilah RM lebih sikit untuk dia orang shopping...kesian lah kat isteri2 anda... klu isteri anda suri rumah sepenuh masa, sesekali bagilah RM lebi sikit, janganlah bagi ngam2 jer, ntah2 isteri tu ada teringin nak beli sesuatu... sorry ya MSom...terkomen panjang berjela la pulak...

Wong Khoo Lai berkata...

No. 3 aku amat setujuuuuuuuuuuuuuu
Yg no 8 tu boleh modified... tak pakai pun tak apa terutama bila pakai jeans yg kemungkinan utk koyak amat kurang.

15. Lelaki pakai baju/seluar bundle pun tak apa...macho gak...koyak pun tambah macho.
16. Lelaki boleh ngeteh lama2 tak kira tempat.
17. Lelaki kat pantai tak pakai baju pun orait... klu pompuan..???

Sebenarnya banyak lagi idea tapi... melampau pulak nanti.

en_me berkata...

temankan bini shopping berjam2 teww kira ibadah bro.. ahaha

MSOM berkata...

Mek Kelate,
ONEZABA dari CAMERON dah jawab soalan tu. Macamana lelaki nak beli yg mahal2, isteri2 mintak tudung macam artis pakai.

MSOM berkata...

Mummy Gee,
Usah bimbang, kebajikan isteri2 tak bekerja sentiasa dijaga sepenuhnya, malah boleh buat saving lg.

MSOM berkata...

En Yin,
Tak kisah, bagilah idea dan komen2 banyak-banyak, tak ada kisahnya. Tgok blog DR MAHATHIR tu, komen2 lebih panjang daripada entri Dr Mahathir sendiri.

MSOM berkata...

En Me,
Ye kerrrrr tuuuuu, hanya suami yg ada kesabaran tinggi sahaja yg boleh dapat menghandle isteri kaki shoping berjam-jam tewww.