MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 31 Ogos 2010

KATAKAN TIDAK PADA.....

Ni kad kredit sebuah bank yang aku potong-potong pagi merdeka tadi. Ni bahagian belakang kad.Nak kena saman kalau aku tunjuk bahagian depan. Mentang-mentanglah dah nak raya. Mentang-mentanglah aku cuma dapat RM 500 raya ni. Bank ni pos laju kad ini kepada aku. Aku tak mohon pun. Lepas tu bank tu call suruh aku aktifkan segera dan boleh berbelanja berapa ribu aku suka.

Aku selama ni sentiasa katakan tidak kepada kad kredit. Kalau ada amoi kat shoping kompleks yang tahan aku dengan sehabis rayuan pun supaya ambil kad kredit, aku masih tetap mempamerkan wajah garang. Aku bukan kaki jalan jauh pusing dunia. Pusing Malaysia pun dengan rombongan budak sekolah. Bila aku nak pakai kad-kad kredit itu?

Minggu ni juga aku terima kad debit. Kad itu masih aku simpan. Tengah dok fikir, nak guna tak kad debit yang diposkan juga oleh bank yang lain pula ini.
Mesin ATM pun dah ada di mana-mana. Buat apa guna kad debit?

Kenapa tiba-tiba aku dapat kad itu serentak?

9 ulasan:

NoorGie berkata...

Tahniah Mr Som..kerana masih teguh me'nidakkan' kad kredit....!!

NoorGie berkata...

Tahniah Mr Som..kerana masih teguh me'nidakkan' kad kredit....!!

sz | m.s.s berkata...

kad debit kena isik duit sendirik dulu baru boleh guna...
tak semua kedai terima kad ATM utk transaksi, time tu la guna kad debit...tapi klu cikgu msom mmg takde keperluan penting nak gunakan potongggg sajalahhhhhh! ;)

macam saya kena jugak standby sekurang2nya satu kad yg blh guna worldwide..penting utk travel jauh...huhuhuhu...

~ Mummy Gee ~ berkata...

Pada Mummy credit card ini dlm buruk ada baiknye gak terutamanya utk tujuan kecemasan (bukan kecemasan utk shopping raya tau). Imagine klu teerpaksa masuk hosp swasta dan tak de medical card or insurance, nak byr ngan apa. Mungkin kita ada simpanan kat bank tp klu dah kalut mana ingat nak gi keluarkan duit semua... bagi org yang berdisiplin, credit card ni memang sangat membantu...

MSOM berkata...

sz,
Dengan penerangan Puan, saya rasa macam nak guna kad debit tu...

Lagipun bentuknya unik sikit, jadi saya simpanlah. Dan mungkin akan diaktifkan.

MSOM berkata...

Mummy Gee,
Alamak....menyesallah saya potong dah kad itu. Pada hal dia janji tak ada yuran fee tahunan, kerana diserap oleh bank.

MSOM berkata...

Norgie,
Mungkin sebab saya tidak ada disiplin yang tinggi, maka kad itu kena potong, potong tiga lagi!

comeisari berkata...

bagi org yg berdisiplin tinggi ok la ada kad kredit ni tapi bagi org yg mcm comei ni baik x yah ada kad kredit...

Alhamdulillah semua kad kredit comei telah dipotong..lega....

MSOM berkata...

Satu sokongan daripada COMEI.
Graf penyesalan semakin menurun.