MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 14 Ogos 2010

KENAPA AKU DUDUK DI SINI?


Aku sudah jemu dengan gambar yang aku ambil sendiri. Jadi aku ciplak sajalah gambar-gambar yang indah daripada google.
Seronoknya jadi hartawan, boleh beli rumah yang sekelilingnya ada taman seperti di atas. Balik kerja boleh duduk-duduk baca akhbar bawah pokok itu sambil dengar lagu kegemaran. Dengar lagu Kitaro ke...Dyloid ke....
Hari ini aku nak cerita sejarah aku membeli rumah kecil yang aku duduk sekarang ini. Masa itu (1995) memang coner lot cuma RM 60 ribu. Jadi aku dah target satu rumah tulah...Dan itulah corner lot yang terakhir orang belum beli.
Punyalah semangat aku malam itu sampai tidak tidur. Masa tu aku sudah bertunang dengan Hamidah. Aku bayangkan akan tanam sedikit pokok buah-buahan. Anak aku boleh main panjat-panjat. Ada lanskap sikit. Air terjun. Yalah orang berangan-angan.
Tiba-tiba satu abang kat situ beritahu, dia sudah beli rumah itu daripada pemaju.
"Kan abang dah beli rumah kat depan tu" aku agak tidak puas hati.
"Ni saya belikan untuk anak saya yang kat Kuantan tu" abang tu sudah beria-ia. Maklumlah duit pampasan pencen banyak lagi. Kebun pun ada di sana-sini.
"Kalau macam tu bang, saya tak jadi belilah rumah kat sini. Lot tengah ni saya tak minat, baik saya buat rumah kat kampung"
"Janganlah macam tu Mat"
Keputusan telah aku buat, aku tidak akan duduk Parit Sulong. Nak cari rumah kat Seri Medan pula lepas ni.
Entah macamana, isteri abang tu, Kak Wok, selama seminggu setiap hari memujuk aku menelefon aku di Paloh waktu itu suruh beli rumah (yang aku duduk sekarang ni).
"Rumah tu bagus Mat Som, ia menghadap matahari waktu pagi, ....bla bla...beli langsir pun tak banyak.....bla....bla.....jimat...." Kak Wok memang pandai memujuk.
Kuasa Allah, tiba-tiba sahaja esok paginya aku ke pejabat pemaju di Jalan Rahmat Batu Pahat, aku bayar cengkeram. Dan pemaju itu dengan penuh yakin terus bagi aku kunci. Aiii...betul ke ni? Pada hal aku belum tengok lagi rumah itu di bahagian dalam. Dari luar memang nampak macam rumah terbengkalai. Fesyen rumah masa tu mana ada yang cantik? Macam kotak mancis je.
Yang peliknya Kak Wok dan abang tu duduk kat rumah dia cuma dalam tempoh lima tahun sahaja. Rumah yang aku nak sangat itu pun cuma disewakan daripada satu penyewa kepada penyewa yang lain. Baru nak mesra-mesra dengan jiran tu, mereka berpindah. Macam tulah.
Kak Wok dan suaminya berpindah ikut anaknya di Kuala Lumpur. Anaknya kerja bagus-bagus, ada yang jadi doktor.
Khamis lalu aku agak terkejut apabila imam mengumumkan abang tu sudah meninggal dunia di Kuala Lumpur. Para jemaah diseru supaya mengirimkan al-fatihah.......
Lalu aku melihat rumah yang jadi rebutan aku dan Allahyarham...terbiar semak. Penyewa itu tidak menjaga kebersihan langsung. Semak-samun macam terbiar....Siapalah yang menjadi pemilik rumah ini seterusnya?

4 ulasan:

Siti Indrawati berkata...

Salam Cikgu..seronoknya baca kisah nak membeli rumah..sebenarnya apa yg berlaku tu ada hikmahnya.mungkin bukan rezeki Cikgu kat rumah tu..apapun Cikgu dah ada pun sebuah rumah yg selamat untuk anak2 n isteri..

Mama Janet berkata...

beli je bunga tulip plasti kat ps tu msom.pas tu susun kat tepi2 pagar.ok gak kan....tak semua angan2 jadi kenyataan

MSOM berkata...

Siti Indrawati,
ya benar kata Puan itu. Isteri saya pun dah suka sangat duduk sini dan tak mahu berpindah lagi.

MSOM berkata...

Mama Janet,
Cadangan Puan akan saya realisasikan. Nampak di pekan Air Hitam tu banyak pokok bunga plastik, air terjun tiruan, tunggu...