Ahad, 15 Ogos 2010

MINTA GAJI DIAWALKAN?


CUEPACS meminta gaji kakitangan awam dipercepat bagi bulan September. FOMCA pula bantah. Saudara-saudara, saudari-saudari, gaji bulan Ogos akan diterima pada 25 Ogos, ok....gaji Ogos ni hanya untuk kegunaan sebelum raya. Manakala gaji September akan diterima pada 23  September iaitu selepas raya sudah berakhir.Raya akan jatuh pada 10 September.

Biasanya kakitangan awam pada masa itu sudah miskin balik. Lainlah mereka yang suami isteri bekerja. Lainlah mereka yang ada kebun kelapa sawit. Masalah ini akan dihadapi bagi mereka yang akan pulang ke kampung, yang akan membayar tol dan duit minyak yang bukan sedikit. Tambahan pula mereka masih ada hutang kereta. Rasanya pada masa itu mereka akan pegang duit tidak sampai RM 1000. Duit anak buah lagi antara RM 200-RM 500.Bayangkan! Bagaimana pula mereka yang bekerja sebagai staf sokongan yang gajinya cukup untuk hidup.

FOMCA bersuara atas prinsip kesatuan itu. CUEPACS pula bersuara atas permintaan ahli.

Saya tetap sokong CUEPACS. Saya memahami masalah golongan ini. Syukurnya satu, aku sudah tak ada hutang kereta, tapi kereta sudah tualah, tak bergayalah raya macam orang lain!

19 ulasan:

ONE ZABA berkata...

aku lagi sokoooooong kalau cuepacs mintak naik gaji.

ONE ZABA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
NoorGie berkata...

ye la mr som...saya pun sokong cadangan awak tu....hanya yang berada di situasi kita je yang memahami...

MSOM berkata...

Hidup ONE ZABA!!!

Siapa pula yang padam semula komen dia? Mesti tengah confius ni.

MSOM berkata...

Cikgu Norgie,
Dahlah bonus pun senyap, gaji pulak lewat, apa lah nasib!

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
MSOM berkata...

Tanpa Nama (kenapa tak bubuh nama?)
Bagaimana aku nak kenal?

Bukan fasal duit tak dak beb....
ni masalah negara, masalah ratusan ribu kaki tangan kerajaan di Msia ini. Aku kampung dekat rumah, tak dak sangat masalah. Tak perlu bayar tol, tak perlu tuang minyak sangat....tu kawan2 aku yang nak balik Kedah, Kelantan tu macamana?

Kawan yang pakai Merc tu pun dah pulangkan Mers itu. Dia tak beli banglo spt yang anda katakan. Rumah teres harga 200K sahaja.
Ha, rumah tu dia duduk sekeluarga sekarang ni.

Hukum MLM? Tengoklah plan pemasaran dia.

Kalau nak kira, jual apa pun ada upline!

Jual air tebu, uplinenya penanam tebu, pemborong tebu.

Jual kuih, uplinenya tokey kilang tepung, pemborong, peruncit.

Kat sekolah uplinenya Pengetua, Guru Besar....sama jugak kan????

MLM yang menindas ialah, harga jual melebihi 100peratus dari kos modal. Modal RM 20, jual RM 200.

Yg banyak menindas ialah sistem dua kaki yang dipanggil pyramid sistem.

MLM pelbagai peringkat sama juga macam peniaga kuih tadi.

Macam kawan kita yang pakai Merc tu, layaklah dia dapat income sampai 25K sebulan, sebab dia kerja sampai jam 2.00 - 3.00 pagi, sedangkan kita tidur membuta sahaja.

Sekian, penerangan panjang lebar saya utk Tuan yang nampaknya macam tak berpuas hati.

Segala kekasaran bahasa saya mohon maaf.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
MSOM berkata...

Ente ni macam aku kenal, tapi di mana?

Entahlah, syarikat tu aku dah cerai talak 30.

Tkasihlah tengok aku kat sini. Dulu rajin bisnes sampai pagi, skrang pi mghadap komputer saja.

Mesti ente sudah jadi jutawan!

Wong Khoo Lai berkata...

Aku sokong ko Msom. Kalau kita hidup susah ... siapa akan bantu kita. Kita perlu berusaha untuk menyara keluarga. Kalau dah nyata haramnya seperti berjudi, mencuri, rasuah memang kita jauhkan... tapi kalau harus saya rasa teruskan. Peniagan mana yang nak rugi... kalau dah tau berniaga merugikan... baik tak payah niaga. Walau pun aku bukan business minded... aku suka orang Melayu Islam menjadi peniaga yang kaya raya. Jangan bersikap dengki dan iri hati.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Wong Khoo Lai berkata...

Aku nak tanya Tanpa Nama
1. Kat mana ko simpan duit ko. Bawah tilam ke bank? Kalau simpan bawah tilam Alhamdulillah.
2. Ko yakin rezeki yang ko makan anak bini tak langsung subahat? Kalau tiada Alhamdulillah.
3. Adakah ko tiada langsung melabur w/pun ASB/ASNB/ASM dsb.?
Kalau tiada Alhamdulillah.
4. Adakah ko hanya makan makanan yang dibuat oleh pengusaha Islam termasuk biskut, kacang, roti, coklat dan sebagainya? Kalau ye... Alhamdulillah.

Ko memang hebat dan boleh jadi insan misthali untuk dicontohi.
Aku respect kat ko.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Wonh Khoo Lai berkata...

Jawapannya memang boleh berjaya. MLM ni hanya satu kaedah perniagaan.

MSOM berkata...

Apa sudah jadi Wong Khoo Lai sudah berdebat dngan Tak Bernama?

Apa pun tkasih sudi bertandang ke sini.

Bisnes tanpa MLM pun boleh maju, betul-betul.

Tetapi utk golongan yang tiada modal spt aku, MLM lah cara terbaik utk memajukan diri. MLM kita cuma sebagai eksekutif atau pegawai pemasaran. Lebih banyak kita dapat pasarkan produk, maka banyaklah gaji kita.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
MSOM berkata...

Untuk Tanpa Nama,

Aku dah sebut contoh tadi, bisnes bukan MLM pun ada upline.

Buktinya, kilang untung lebih bnyak daripada pemborong, seterusnya peruncit.

Tokey kilang (upline) simpan duit juta-juta. Pemborong (upline bawah sikit) simpan duit ratus ribu2. Peruncit (down line) simpan ratus2 ringgit.

Beza MLM dengan bisnes konvensional cuma sistem, ada plan pemasaran yg dibukukan. Bisnes lain plan pemasaran tidak didokumentasikan.

Cuba tgok contoh:

Pekilang (Jus Limau)
untung 1 unit=50 sen
X 100 000 botol=
RM 50 000


Pemborong (Jus Limau)
untung 1 unit= 50 sen
x 10000 unit RM
RM 5000


Peruncit
Untung 1 unit= 50 sen
Kedai dapat jual 100 unit
RM 50.00

Pendapatan down line tak akan dapat mengatasi upline dalam sistem di atas, jika kita ambil pekilang sebagai upline kita.

Tetapi dalam MLM bonus downline kadang2 mengatasi upline, tgok siapa kerja lebih kuat.
Itu maknanya MLM lebih adil.

MSOM berkata...

Saya tanyalah TANPA NAMA, utk saya, MLM lah kerja yg kita boleh buat secara sambilan.

Saya tak faham kenapa anda begitu anti MLM?

MLM telah melahirkan beribu-ribu jutawan Melayu di Malaysia ini. Kita patut bangga dengan pencap[aian itu.

Kini sudah ramai bumiputera yang muncul sebagai ahli koperat yang dahulunya orang-orang kuat MLM.

MLM telah membina semangat utk berniaga di kalangan orang Melayu.

MLM juga adalah perniagaan masa kini dan akan datang. Bisnes MLM kini di hujung jari sahaja.

MSOM berkata...

Lepas ni semua anymous aku sembur dengan serbuk kelapa dara