MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 27 Ogos 2010

NASIB KERETA LEBIH 15 TAHUN

Pejabat JPJ Batu Pahat yang baru.
Lokasi selepas Kilang Sharp
sebelum Sri Gading 

Nak raya kena bayar road tax pulak.



Selepas solat Jumaat dan menghantar Iwan ke sekolah agama aku terus ke Batu Pahat. Aduh...! Jem pulak, macam KL pulak. Lampu isyarat terasa begitu lambat. Tiga kali lampu hijau baru aku dapat melepasi simpang-simpang itu.

Sampai di pejabat Takaful Malaysia (Bank Islam) aku terus mengajukan soalan kepada seorang abang yang nampak tak bermaya (macam sakit) di kaunter itu. Biasanya orang insurans ni cergas-cergas macam nak makan orang.

"Ok kereta saya ni Kancil. Umur sudah 16 tahun. Berapa insuransnya?"

" Bang, kena ambik third party"

" Ai? Tahun lepas wajib ambik firs party, alih-alih suruh tukar third party semula pulak?"

" Peluang baru dibuka" jawab abang itu seakan dengar dengan tidak.

" Bila dasar ini ditukar?"

" Awal bulan Julai, tahun lepas kereta bawah 20 tahun mesti ambik first party, sekarang diturunkan ke 15 tahun, jadi kereta macam sdra ni (15 tahun ke atas) kena ambik third partyla" 

" Berapa insurans saya?"

" Kejap, saya check"

Tik tok tik tup tik taf......

" RM 213.20"
Ah...lega aku.....!

Aku terus ke JPJ, jauh juga dari bandar ni, agak-agak 6 km.....

" Road Tax Kancil tu baru RM 20.00....Yahoooo!"

Semalam aku sms kerabatku. Sedihnya dia bukan kepalang. Raya ini sungguh tidak bermakna. Bila nak membaharui road tax, didapati ada lima saman ekor. RM 300 x 5 = RM 1500.00 Adoi! Sudahlah kereta baru itu insuransnya empat angka.....

3 ulasan:

sz | m.s.s berkata...

samalah kami,
masih mamputersenyummm lebarr bila perbaharui cukai jalan & insuran sang kancil :)

MSOM berkata...

sz/mss
Insurans motosikal lagi mahal katanya

cikgu zaman berkata...

ehh dah ada balik 3th party ke... thn lepas 1st party je... insuran proton lamaku lebih mahal drp proton baruku...