MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 4 Ogos 2010

PASAR TANI BERPINDAH LOKASI



Pasar Tani Pt Sulong mulai petang tadi berpindah lokasi dari tepi sungai ke depan Balai Polis Pt Sulong. Ini untuk memberi laluan sepanjang bulan Puasa nanti untuk kumpulan peniaga Bazar Ramadhan yang akan menjajah Pt Sulong tidak lama lagi.
En Samijan semalam memberitahu antara Bazar Ramadhan yang akan dibuka ialah kawasan lapang berhadapan Klinik Pt Sulong.
Tahun ini pasti suasana lebih meriah daripada tahun lepas kerana lebih ramai peniaga diberi peluang untuk membuka gerai.
Dan dapat dibayangkan bagaimana keadaan malam raya tahun ini.....!
Sekian, Matsomherbs membuat liputan lintas lansung dari Pekan Pt Sulong...!

4 ulasan:

Mama Miraki berkata...

eh kat PS ada pasar tani setiap petang ke...hehehe...tak perasan lah...wah...bestnya bazar ramadhan ..

MSOM berkata...

Mama Miraki,
Arakian maka Pasar Tani di sini diadakan pada setiap petang Rabu maka adanya.

Dan Bazar Ramadhan kemeriahannya ialah dua minggu terakhir sebelum raya.

Wong Khoo Lai berkata...

Ni balik kag untk raya kena bawak motor dr Kulai. X de masalah nak parking... tapi nak bawak barang payah pulak. Ni kena pegi pasar PS sebelum aidil fitri sebelum subuh untuk dapat parking.

NoorGie berkata...

hmmm...beli juadah kat bazaar ramadhan macam tu la...ikut nasib, kadang dapat yang elok..kadang..hmmmm