Selasa, 17 Ogos 2010

PENYAMARAN DALAM FACEBOOK

Contoh gambar lelaki idaman para gadis




Dalam facebook macam-macam boleh berlaku. Pagi tadi selepas bersahur, aku buka facebook aku sekejap. Adalah dalam wall itu aku lihat seorang kawan aku yang sudah berumur separuh abad membuka akaun facebook barunya dengan profile yang berusia 20an, dan gambar entah Vietnam mana yang nampak kacak digunakan sebagai gambar profile. Gambar-gambar lain juga mempamerkan wajah yang mirip pemuda itu, semuanya nampak sebagai lelaki idaman gadis-gadis yang tercari-cari bakal suami idaman.



Kasihan sungguh aku melihat, dalam wall itu para gadis bagaikan histeria melihat kehenseman kawan aku itu. Dan komen mereka menunjukkan betapa anak gadis kita mudah tertipu dengan orang yang menyamar dalam internet. Patutlah mereka jadi kaldai dadah sampai ke luar negera. Aku ingin sahaja menyampuk kat situ, tetapi nanti dia menganiaya gambar aku pula.



Sewaktu dia mengunjungi aku bulan lalu setelah 20 tahun tidak berjumpa, aku menyangka dengan umurnya menjangkau 50 tahun, sudah mula bercerita fasal masjid atau hal anak isteri. Ini tidak, dia masih seperti 20 tahun dahulu. Cerita fasal dunia siber dan keasyikannya.



Adalah lebih baik bercerita tentang perkara yang berfaedah atau membaca buku agama daripada bersembang dan memainkan perasaan orang lain.

7 ulasan:

sz | m.s.s berkata...

ihikss...serammmmm....

en_me berkata...

ihihi.. me dah lamer tutup facebook ghiteww

MSOM berkata...

sz/m.s.s
Dah ada abang tersayang tak kan tergoda dgn watak2 dlm facebook kut?

MSOM berkata...

En Me,
Teringinlah sangat kami ni nak tgok wajah En Me. Agaknya dia takut orang copy paste gambarnya.
Gambar aku pulak berlambak2, nak deletelah.

Zack Zachoes berkata...

huhu..takutnya cmtu.. baik tapis-tapis sapa nak jd friend kita nnt. kadang-kadang org dari dubai mana ntah claim kita ni kawan dia. pelik.

MSOM berkata...

So agak2 tak kenal blok je.

Paling parah lelaki menyamar jadi perempuan yg jelita dan penuh budi bahasa.

Zack Zachoes berkata...

skrg bnyk kes org menyamar jd prmpn sbb nk tgk gmbr2 wanita dan jadikan koleksi mereka. huhu..