MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Ahad, 1 Ogos 2010

SEMAKIN HARI SEMAKIN HAMPIR


Aku sangat suka daun pisang ini. Betapa Allah menciptakan sesuatu itu dengan begitu hebat. Di dalam daun pisang ini lengkap dengan 7 unsur seni. Lihatlah garisannya, jalinannya, warnanya, bentuknya....sungguh menakjubkan! Subhanallah.....!

Sebelum ini di depan rumah aku ada pokok pisang yang montel. Tetapi terpaksa dihapuskan bulan lalu, gara-gara projek nak buat tempat parking kereta.

Aku pilih gambar daun pisang ini dalam entri kali ini, kerana ia mengingatkan aku kepada ibuku yang sentiasa gigih membuat kuih untuk anak-anaknya yang ramai ketika itu. Lepat pisang, lepat ubi. Daun pisang inilah juga sebagai pembungkus bekal untuk aku makan di sekolah. Dengan duit 5 sen dan bekal nasi bungkus daun pisang, boleh membuatkan aku kenyang sepanjang hari.

Rasanya itu sahaja coretanku pada entriku kali ini. Akhir-akhir ini aku begitu sibuk sekali. Selain tugas sebagai guru tahun 6, aku juga disibukkan dengan program melayan rumah aku yang sudah lama aku biarkan ini. Mana yang bocor, aku tampal, panjat sendiri bumbung. Mana yang nampak kusam, aku cat semula. Aku tak mahu macam dulu-dulu, waktu aku sibuk jual kuih raya dan songkok , malam raya aku masih mengecat rumah!

12 ulasan:

ONE ZABA berkata...

cekodok pisang jgn lupa pulak...

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

sebelum aku baca entry ni.. aku dah tahu apa yg bakal ko ceritakan.. ya memang! daun pisang membuatkan kita terimbau kenangan silam bersama ibunda, begitulah POWERnya air tangan seorang ibu.

Mama Janet berkata...

Tu namanya memori daun pisang.serupa kita ye dulu sklh rendah saya pun berbekalkan lima sen untuk mkn.syukur alhamdulillah

Wong Khoo Lai berkata...

Mama Janet... abah bagi 20sen. Kak Lah 5 sen, ko 5 sen dan aku 5 sen. Lebih 5 sen beli apam kemudian bahagi 3. Tak komplin kan... sekarang anak aku dah bahagi RM4.00 kdg2 petang mintak lagi RM1.00 tak bagi cam sian pulak. Beza kan...?

~ Mummy Gee ~ berkata...

Mama Janet & Yin Wong Kulai - Kesiannya uols belanja 5 sen je, masa kita dulu abah bagi credit card so ikut suka je nak belanja berapa!....hehehhe...hehhee

MSOM berkata...

OneZaba,
Kantin tu ada jual CENGKODOK pisang, tu pun kadang2 aku tak mampu beli!

MSOM berkata...

Sam,
Kau dah boleh jadi Nustradamus! Peramal agung abad lalu.

MSOM berkata...

Mama Janet,
Baru aku kenal sorang lagi suku sakat Wong Khoo Lai,
Selamat datang dan t kasih Janet ke blogku yang tak seindah mana.

MSOM berkata...

En Bahreyn,
Manalah cukup Cikgu Yin kita ni dengan bekal duit 5 sen. Kurang2 8 biji apam baru kenyang tu!

MSOM berkata...

Mummy Gee,
Kiranya Puan ni dulu dibela bapak angkat orang kota lah ya?

Masa tu saya tak pernah dengar kad kredit. Kad yang paling popular masa tu KAD RAYA gambar kucing atau bunga, tu pun nak beli tak mampu.

Wong Khoo Lai berkata...

Msom ... ingat tak beg kucing.? itulah beg sklh kita org.

en_me berkata...

barang yg lamer jangan dikenang uoolsss.. ahaks