MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 29 September 2010

AKU MINAT RENCANA MAJALAH INI

Asyik cerita jenayah je. Jadi apa kata kita tengok majalah ni. Menarik ni sebab ramai ibu bapa tidak mengerti bahasa bayi mereka. Kalau kalian ada baby lagilah. So aku ciplaklah majalah ni, sebab tulisan dia kat situ kecil sangat. Harta intelek ni. (Eh, aku boleh disaman ke?) Duit Nufnang aku pun belum sampai RM 20.00, macamana nak bayar saman?

Kenali petunjuk bayi ingin menyusu
Ramai ibu baru keliru dengan beberapa petunjuk yang diberikan bayi. Apakah itu tanda bayi mahu menyusu, menukar lampin atau sekadar mahu bermain? 

Selain daripada kekeliruan tentang petunjuk bayi ingin menyusu, terdapat petunjuk lain yang sukar dikenal pasti. Ketahuilah, penyusuan susu ibu secara eksklusif memerlukan pemerhatian. Bukan sahaja daripada pihak anda malah suami, ahli keluarga dan penjaga bayi. 

Infant cues adalah cara bayi menyampaikan apa yang diingininya. Komunikasi ini mungkin bermula secara tanpa lisan (non-verbal) tetapi akan berpanjangan sehingga bayi menangis apabila tidak dipedulikan. Ini bermakna bayi memberi petunjuk yang dia sudah bersedia menyusu. Ia juga merupakan cara bayi memberitahu, “Saya mahukan susu” (feeding cues) atau “Saya mahu berehat sebentar” (approach cues) mahupun “Saya mahu bermain dengan mama” (withdrawal cues). Bagi mengetahui dengan lebih lanjut perbezaan petunjuk yang lazim diberikan bayi, ikuti ulasan berikut:

Bayi bersedia menyusu (feeding cues)
Lazimnya petunjuk yang biasa ditunjukkan bayi apabila dia bersedia mahu menyusu dapat anda perhatikan menerusi pergerakan kelopak matanya (sesudah bangun tidur). Dia juga mungkin mengerdipkan mata diikuti dengan berpusing sambil menggerakkan kaki, tangan dan kepala. Jika anda tidak mengendahkan petunjuk ini, bayi akan meneruskannya dengan menjilat bibir, memasukkan jari ke dalam mulut dan menghisap apa sahaja yang berhampiran dengannya.

Bayi akan menjadi lebih aktif memberi petunjuk apabila dia mula mencari-cari sesuatu, mengangakan mulut dan menggerakkan badan serta kepalanya seperti dalam keadaan posisi menyusu. Bayi juga akan mula “berbunyi” untuk memberitahu, “Mama, saya mahu menyusu!”.

Tanda akhir yang bayi akan beri apabila permintaannya tidak dipenuhi adalah dengan perubahan ekspresi muka, bernafas dengan lebih cepat dan seterusnya menangis! Tangisan merupakan tanda akhir yang akan diberikan oleh bayi apabila dia bersedia untuk menyusu namun tidak dipedulikan.

Apa yang perlu dilakukan?
Apabila anda sudah mahir dalam mengenal pasti petunjuk yang dinyatakan, susukan bayi sebelum dia menangis. Hal ini kerana agak sukar memujuk bayi yang sedang menangis untuk menyusu. Malah, kebanyakan bayi akan menjadi lebih cerewet. Tambahan pula, agak mustahil untuk bayi melekap dengan baik ketika dia menangis. Selain daripada itu, biar pun bayi berjaya disusukan, proses penyusuan akan menjadi lebih singkat kerana dia keletihan kerana menangis dan tertidur. Keadaan ini akan menyebabkan bayi tidak menyusu dengan baik dan tidak mendapat susu yang mencukupi.

Sewaktu bayi menangis, anda perlu menenangkannya terlebih dahulu dengan menggoyangkan tangan sambil mendukung bayi agar dia lebih tenang. Langkah ini penting kerana ia turut membolehkan sistem saraf bayi dilaraskan. Selepas itu, barulah anda boleh mencuba menyusukan bayi semula.

Sementara itu, elakkan bayi dibedung terlalu ketat kerana ini akan menyebabkan bayi “terlepas” daripada memberi petunjuk bahawa dia bersedia untuk menyusu akibat terlalu selesa atau tidur lena. Sebaik-baiknya bedung bayi dengan selimut nipis secara longgar. Elakkan juga menukar lampin sewaktu bayi menangis kerana ini akan memanjangkan lagi kekecewaannya yang kelaparan.

Perlu diingatkan bahawa bayi yang sedang menyusu terus dari ibunya akan memberi petunjuk bahawa dia ingin berehat sebentar (pause) daripada menyusu. Penting untuk anda ketahui agar tidak beranggapan bahawa bayi sudah mendapat susu yang cukup dan mahu berhenti. Adalah normal bagi bayi untuk menyusu 10 - 15 kali dan berhenti seketika selama 2 - 5 saat sebelum menyusu semula.
Tanda awal bayi mahu menyusu
Tanda akhir bayi
mahu menyusu


 Untuk rencana lebih lanjut klik di sini PAPA DAN MAMA

2 ulasan:

armouris berkata...

info tentang penyusuan bayi di SIHAT SELALU - Masalah Penyusuan Bayi

MSOM berkata...

Bagus betul armouris ni...!