MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 14 September 2010

BANK NEGARA CADANG BANK BIAYAI 80 PERATUS PINJAMAN PERUMAHAN


Apa masalah yang timbul di sini? Ya,saudara, saudari masalah yang akan timbul di sini adalah masalah besar.
Jika sekarang dan dahulu, kita hendak beli rumah kita kena sediakan 10% wang cengkeram. Jika harga rumah RM 150 000 maka kita kena sediakan deposit sebanyak RM 15 000.

Tetapi apabila cadangan Bank Negara (deposit 20%) ini diluluskan kerajaan kelak, jika kita hendak membeli rumah RM 150 000, maka kita kena sediakan wang deposit sebanyak RM 30 000. Masalah yang akan dihadapi ialah:

- Ramai yang akan gagal menyediakan wang deposit sebanyak itu
                   - Generasi baru hanya akan menyewa rumah dan tidak mampu memiliki rumah
- Orang Melayu dan India akan terpinggir dalam pemilikan rumah
    - Golongan bawahan akan semakin rasa terhimpit di bumi Malaysia.
- Jumlah itu belum termasuk duit peguam, deposit elektrik dan air
-  Ramai kelak akan membuat rumah setinggan


Kerajaan haruslah menghalusi cadangan ini, jika tidak Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
hanya menjadi artifak di Muzeum Negara.

Tiada ulasan: