Khamis, 30 September 2010

BINCANG TENTANG BLOG DI TV 3



Aku baru sahaja habis menonton rancangan Soal Jawab TV 3. Topik hari ini tentang blog. Ada tiga blogger yang dijemput iaitu:

1. Syed Azidi Aziz-mewakili penulis blog politik. Pernah masuk lokap tiga hari kerana isu kempen mengibarkan bendera terbalik.
2. Datuk Dr Redhuan Bakar-mewakili penulis blog kesihatan dan kedoktoran 
3. Pn Munirah Hanim Ahmad Jahudi- mewakili penulis kaum ibu.

Aku rasa patutnya ada satu lagi perlu dijemput, penulis blog picisan. Hah3X macam aku ni!

Antara intisari perbincangan selama satu jam (jam 11.00-12.00 malam) 29 sept tadi ialah:

Etika dalam menulis blog, Syed Azidi menasihatkan blogger hendaklah bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis. Blogger juga harus tahu tindak balas yang akan mereka terima terhadap sesuatu yang telah disiarkan dalam blog mereka.

Elakkan semangat mengapi-apikan. Kerana kita tertakluk dengan akta hasutan.

Apabila juruhebah bertanya, sekarang semua orang boleh tulis blog tanpa melihat apa kelulusan mereka? Syed Azidi menjawab bahawa itu merupakan keindahan dalam blog. Kepelbagaian penulis blog itu sesuatu yang baik. Terpulanglah kepada kita memilih blog mana yang kita kehendaki.

Doktor Redhuan Bakar lebih banyak bercerita berkisar tentang dunia penulisan ilmu kesihatan. Sementara Puan Munirah yang mewakili kaum ibu banyak bercerita tentang perkembangan anak beliau. Ini kerana Pn Munirah telah melahirkan kembar tiga. Jadi blog beliau berkisar tentang dunia penjagaan anak-anak.

Blog kalian bagaimana? Blog aku, aku dah tau...BLOG ROJAK. Macam-macam ada!

Oh ya satu lagi apabila ditanya adakah blog boleh buat duit banyak-banyak? Syed Azidi jawab lebih baik beliau buat filem.

6 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Ooo ini la yg kwn aku cerita tadi rupanya... mana nak dpt link Puan Munirah tu? Kwn aku nak...

MSOM berkata...

Cuba taip nama dia kat google?

WONG KHOO LAI berkata...

Jangan menulis benda-benda yang sensetif di dalam blog kita. 18sx pun jangan... takut kena block... duduk dalam bilik blok kecil. Senang cakap jangan buat kerja "g*blog".

MSOM berkata...

Wong Khoo Lai,

Kalau blog sudah kena blok dia ada bagi warning berikut:

Blog yang anda akan lihat mungkin mengandungi kandungan yang hanya sesuai bagi orang dewasa. Secara amnya, Google tidak mengkaji semula mahu pun mengendors kandungan blog ini ataupun yang lain. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dasar kandungan kami, sila lawati Syarat Perkhidmatan Blogger.

sz | m.s.s berkata...

blog saya pun rasanya konsep rojak jugak kot ye cikgu...
suka2 hati je nak tulis apa ... hehehee

MSOM berkata...

SZ,
Rojak Manis ke Rojak Petis tu