MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 7 September 2010

HARI RAYA PENUH CERITA

Hari ini aku hanya duduk di rumah membantu Hamidah mengemas rumah. Membasuh bekas kuih dan tin biskut yang akan digunakan beberapa hari lagi. Membuang segala botol, kertas dan mainan anak-anak yang telah bercerai berai.

Mungkin di sana ada yang tertunggu-tunggu  gambar kemeriahan Pt Sulong. Maaf, aku tahun ini tidak begitu ghairah untuk mengupload kesibukan Pt Sulong yang sedang geger itu. Aku rasa macam nak demam. Malam tadi semua tak bangun sahur. Anak aku semua kuat semangat untuk berpuasa hingga Magrib. Memang patut mereka menuntut insentif lebih tahun ini.

Hamidah sudah selesai menjahit sendiri langsir itu. Sudah empat hari dia.membelek-belek langsir itu. Midah terlupa dengan pembuatan langsir itu. Maka diteroka alam siber, hingga dia bertemu IBU MITHALI. Akhirnya langsir itu siaplah sudah. Untung rumah teres ni, langsir tidak banyak seperti rumah besar atau rumah kampung.

Jika Hamidah sudah bosan menjahit aku ajak Hamidah dan anak-anak ke Pt Sulong. Pusing-pusing pekan yang sudah mula dipenuhi umat manusia entah dari ceruk mana ini. Ada yang nak brooch. Yang lelaki nak songkok baru. Tshirt, bunga api. Kuih raya aku sudah beli dengan kawan-kawan di sekolah. Lepas ini aku nak goreng keropok belinjau, kacang tanah yang besar, keropok ikan. Juga buat krepek tempe sendiri. Insya Allah.

Sehari dua ini aku tertunggu-tunggu berita tentang Datuk Sosilawati Lawiya. Bagi orang Sri Medan, beliaulah adalah antara anak orang Sri Medan yang berjaya mencapai tahap jutawan. Pada masa banjir besar yang lalu, aku nampak beliau dengan Nash kelihatan menaiki bot menuju ke kampung ibunya. Semoga beliau akan ditemui dalam keadaan selamat. Cuma berita yang begitu sensasi di media massa agak membimbangkan keluarga mereka.Biasalah, akhbar ingin mencari lebih pembeli. Benarkah kata Kosmo Datuk Susilawati bawa duit RM 4 juta? Seakan tidak logik? Kenapa tidak gunakan cek, atau pindahan akaun? Kerana begitu sensasi, akhirnya bagaimana nasib Nurin? Nauzubillah....!

Sementara itu ada berita gempar di PASAR CHOW KIT siapalah yang suka makan kerang Chow Kit tu????

6 ulasan:

~ Mummy Gee ~ berkata...

x boleh percaya dgn paper... dia orang mesti akan buat cerita dgn tajuk yg sensasi, masing2 nak kaut untung disebalik kesusahan insan lain.. semoga Sosilawati ditemui dalam keadaan selamat sejahtera.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

best la link IBU MITHALI tu...wah bagus!

Aku pun risau apakah nasib Kak Sosila tu... ser ser plak jantung aku...mudah2an dia tak apa2. Ameen..

MSOM berkata...

Aminn Mummy Gee,
Begitulah hendaknya. Datuk seorang yang pemurah, Insya Allah selamat.

MSOM berkata...

Miss Miror,
Raya ni kita interview Muslimah, adik ipar Datuk ok....!

Mama Miraki berkata...

mama tertunggu picture kemeriahan PS sebelum raya. Maklumlah tahun ni mama balik PS raya ke 2....so tak sempat nak rasa suasana geger tu..hehehe

MSOM berkata...

Mama Miraki,
Andainya ada kekuatan meredah jutaan insan yg sedang berbondong-bondong ke bumi Pt Sulong, esok lusa saya snap gambar2nya, ok.