Selasa, 7 September 2010

JENAYAH WARGA NIGERIA






Dadah: 3 pelajar warga Nigeria ditahan
SHAH ALAM – Polis menahan enam orang termasuk tiga pelajar kolej swasta warga Nigeria dan merampas dadah jenis heroin bergred tinggi seberat 1.39 kilogram di asrama kolej itu di USJ Subang Jaya di sini Khamis lepas.


Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, ACP Nordin Kadir berkata, mereka ditahan di asrama itu oleh Unit Narkotik Bukit Aman pada kira-kira pukul 6 petang dan semasa pemeriksaan, polis turut menjumpai heroin di premis itu yang dipercayai dibawa dari luar negara dengan nilai pasarannya kira-kira RM80,000 sekilogram.

Begitulah sebahagian berita terkini yang disiarkan oleh Kosmo Online malam ini. Kita sudah jemu dengan berita seumapama ini. Sudah sekian banyak jenayah yang telah dilakukan oleh warga Nigeria ini. Sebaiknya kita tidak terlalu terbuka dalam menerima kedatangan pelajar khasnya dari Nigeria yang telah terlibat dengan pelbagai jenayah, khasnya jenayah siber dan sebelum ini dengan black money mereka.

Lihat sahajalah mail box e-mel anda. Sebahagian e-mel spam yang ingin menipu kita majoriti datang daripada golongan pelajar asing. Sekian banyaknya duit rakyat kita yang disedut oleh mereka dengan pelbagai cara.
Perkara ini akan terus berlaku dan terus berlaku.

Yang sedih tu, golongan anak dara profesional khabarnya telah menyumbang RM 26 juta kepada lanun hitam ini sebelum ini.

5 ulasan:

~ Mummy Gee ~ berkata...

silap Malaysia yang terlalu bangga bila ramai foreigners jadi students kat sini.... tak tau yg depa tu sebahagiannya malaon professionl... Masa Mummy duduk nilai dulu bila pegi pasar malam mmg akan sentisa berlaga bahu ngan mat black ni....kat kolej kan bnyk international kolej...

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Kalau kat Tmn U, Skudai kat gerai2 makan, mat2 gelap ni suka ganggu orang tengah menjamu selera... jual dompet dan tali pinggang kulit. Dtg permit pelajar tapi sampai sini jual barangan kulit gajah dgn kulit badak. Rimas... tak taulah pemikiran orang atasan. Dia orang tak merasai situasi ini.

MSOM berkata...

Siapa pulak Kratosselass ni...jangan-jangan member Nigerian? Bukan ya?

MSOM berkata...

Mummy Gee,
Jika kita mengikuti perkembangan akhir2 ni...cerita terus jenayah, bunuh, bunuh, tipu, rompak, bunuh sana, bunuh sini, ngerilah pulak.

Rakyat asing menambah lagi stastistik jenayah yang ada.

Penagih dadah kita pulak banyak bunuh ibu-ibu yang keseorangan di rumah (mereka memiliki rantai besar pemberian arwah suami zaman lampau).

MSOM berkata...

Wong Khoo Lai,
Awakmu kan gedi, kok geblok opo ora bodo mblayu kabeh uwong ireng kuwi.