MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Selasa, 28 September 2010

KEKELIRUAN- ymail berbeza dengan gmail


Ramai keliru antara ymail dengan gmail.
Aku guna matsom@ymail. Apabila orang mintak e-mel aku, aku bagilah e-mel itu sebab tu nama aku yang betul dan senang, ringkas dan sangat mudah diingat.

Malangnya, kawan-kawan aku kata gmaillah, mana ada ymail?
Malah ada yang berkeras kata aku guna gmail.
Oh kawan-kawan, ymail ialah yahoo juga, cuma baru sedikit.

Aku pun dah daftarkan ymail ni hampir setahun.
Sebab yahoo ofer ymail kepada aku kerana stok nama kita masih kita boleh rebut berbanding yahoo.com. Nama kita dah diambil oleh orang lain. Mungkin mat salleh guna nama aku.

Web nama aku pun ada, tetapi orang putih jual katil. Nasib baik dia tak jual orang. Tu sebabnya aku guna matsomherbs awal-awalnya, kerana nama aku telah dipatent oleh manusia lain di benua yang juga lain.

Sabtu malam Ahad lepas aku secara tiba-tiba diziarahi oleh sahabat lamaku. Malangnya dia melarang aku mengambil gambarnya. Nombor hand phone pun dia tak boleh aku bagi sesiapa. Facebook pun dia tidak akan join. Pendek kata lebih rahsia daripada suami Sosilawati yang sekarang ini.

Aku tanya dia, kenapa? Ni privasi sebab dia berada di Kementerian Pelajaran. Ramai yang nak pindah sekolah, dan pelbagai
permintaan yang akan menyebabkan dia sukar menjalankan kerja dengan telus. Semua orang akan minta tolong itu dan ini.

Yang peliknya dia minta e-mel aku untuk dia attach file gambarnya yang terbaru. Tetapi dengan syarat gambar tu tak disiarkan dalam blog atau facebook. Jadi, untuk apa? Cuma untuk tatapan aku sahaja. Kalau gambar Lisa Surihani tak apalah juga aku simpan....huhuhu

10 ulasan:

Mama Janet berkata...

Ala MS cakap n kawan tu apa salahnya kalau org mintak tolong.Sbb apa2 skrng ni kalau tak de kabel susah

cikgu zaman berkata...

Tak perasan pula Mat Som guna ymail. Dan tak tahu juga yahoo guna alamat lain untuk e-mail.

Apa2pun saya guna gmail.com untuk alamat e-mail.

mula2 aku guna yg ni :
kamaruzzaman.yaacob@gmail.com
utk blog, aku guna yg ni :
kamaruzzamanbinyaacob@gmail.com
utk fb, yg ni :
manyacob@gmail.com

WONG KHOO LAI berkata...

Msom ni letak gambar pompuan cantik ni bahaya...takut ngencess.

sz | m.s.s berkata...

bagus betul teman cikgu msom tu...
memang serba salah kalau orang mintak2 tolong ni kan..apatah lagi orang yg kenal rapat, takut bias plak nnt...

MSOM berkata...

Mama Janet,
Kita bayangkan kita dalam kedudukan dia....
Tiap2 hari org call, boleh tak tolong saya...?
Boleh tak tolong adik saya?
Boleh tak tolong recemondkan....?
Boleh tak pindahkan tiga pupu saya?
Bla bla bla ......?
Semoga kawan saya tu tak ada masa baca entri ini, takut dia merajuk nanti.

MSOM berkata...

Cikgu Kzaman,
Panjangnya 2 alamat e-mel yang kat atas tu......!

MSOM berkata...

Kang Wong Khoo Lai,
Hahahahahahhhhhh!

Kan sejak zaman Habil dan Qabil
Manusia Suka yang cute mute macam tu
Kalau saya letak gambar beruk nanti kalian lari pulak dari sini!

MSOM berkata...

SZ,
Kita selalu kutuk orang ni, org itu jaga kroni dia,
Tetapi baru kita pegang jawatan sikit dah ramai yg tak berapa kenal pun mengaku sdra.
Maka mereka dibebani masalah yg tersebut.
Jadi nak elak, jaga privasilah...!

smkhairizam berkata...

hang betul som. Takut sungguh kawan hang tu? Apa jenis manusia. Apa salah nya tolong orang. nanti orang tolong anak kita pula.

MSOM berkata...

Bilalah Smkhairizam ni nak naik ke Putrajaya, boleh rekomenkan aku jadi Nazir ke hahahahahhaa!

Kat JPN Kedah pun dah busy kan Syaith.....!