Selasa, 21 September 2010

PETUA JIMATKAN PETROL

PEMANASAN ENJIN:
-Elakkan membuat pemanasan enjin secara berterusan. Cukuplah 3-4 minit, tak perlulah sampai 20 minit.


-Jangan menghidupkan dan menghentikan enjin sesuka hati.


-Elakkan daripada menekan-nekan enjin berlebih-lebihan, terutamanya sebelum mematikan enjin. Ini akan membazirkan bahan api serta menyebabkan minyak mengalir keluar daripada dinding silinder, dan akhirnya
menyebabkan kehilangan tekanan minyak.


-Jangan terus memecut dengan laju. Tambah tahap kelajuan dengan perlahan-lahan apabila mula memandu. Jangan menekan pedal lebih daripada 1/4 kadar maksimum pedal. Ini membolehkan karburator berfungsi pada kecekapan yang sempurna.


CARA PEMBELIAN BAHAN API YANG JIMAT
-Isi minyak ketika pagi-ketika itu suhu sejuk. Atau lewat petang atau malam. Pada masa ini minyak dalam keadaan tumpat.


-Gunakan gred minyak pelincir yang dicadangkan. Minyak pelincir yang berkualiti membantu enjin beroperasi dengan cekap.


-Elakkan daripada mengisi tangki minyak sehingga penuh. Isian yang berlebihan boleh mengakibatkan minyak berkocak dan terkeluar daripada tangki.


MEMANDU SECARA EKONOMI
-Pandu pada kelajuan yang manasabah.


-Elakkan daripada mengekori kenderaan di hadapan. Kerana ia mungkin tidak konsisten, sekejap laju sekejap perlahan akan meningkatkan penggunaan petrol.


-Elakkan memandu laju dengan gear yang rendah. Kalau kereta ada 5 gear, jangan guna gear 4 je.


-Tutup cermin tingkap ketika kereta bergerak laju. Tingkap yang terbuka menyebabkan heretan angin. Dan akan menyebabkan peningkatan penggunaan petrol sebanyak 10 %.


-Berfikir sejenak sebelum anda menghampiri bukit. Jika anda ingin memecut, lakukan sebelum menaiki bukit dan bukan semasa ketika berada di atas bukit.


PEMERIKSAAN RAPI
-Penapis udara yang kotor akan menghalang pergerakan udara ke dalam enjin. Setiap 10 000 km kenalah ganti penapis udara yang berbentuk bulat itu.


-Tayar perlulah dipastikan dalam keadaan yang terbaik jangan kempis atau kembang.


-Keluarkan barang-barang yang berat di dalam kereta. Buat apalah booth tu jadi stor pulak. Yang boleh dijual di kedai kitar semula, sila hantar ke sana. Manalah tau ada besi buruk di dalam booth itu.


-Suspensi dan casis.


-Paras minyak- pastikan kereta diservis dengan baik dan selalu memeriksa paras minyak hitam jangan sampai kurang. Setiap 5000 km mestilah ditukar juga oil filter.

3 ulasan:

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

MS nak gurau/lawak malam... jangan marah... njalok ngapuro... Untuk lebih jimat minyak... selepas isi tangki penuh... parking kat rumah dan naik basikal. Ianya boleh meningkatkan tahap kesihatan. Tapi kalau aku naik basikal lagi tak jimat... asyik pancit ajerr tayar. Nasib2 rim basikal melentong jd no 8.

MSOM berkata...

Kang tak payah jimat-jimatlah. Duit berkepuk-kepuk tak tau nak buat apa....ha ha ha ha! Yang nak kena jimat macam aku ni ha. Banyak lagi nak pakai duit ni.

namialus67 berkata...

Maklumat yang sangat berguna.Thanks kongsi info...Lama dah tak jengah Air Hitam.