Ahad, 12 September 2010

SOSILAWATI LAWIYA DAN TIGA SAHABAT DIBUNUH.

Innalillahiwainnailaihirojiun

Malam ini aku tidak dapat tidur. Sehinggalah jam 2.00 pagi ini mata ini masih enggan tertutup. Aku meneroka setiap web tentang Sosilawati. Dan tiba-tiba aku dikejutkan dengan berita online.




TIDAKKKKKKKKKKKK! YA ALLAHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!






Berita gempar ini pasti mengejutkan semua yang mengenali nama beliau. Aku sudah lama mendengar nama itu sejak sekian lama. Ini kerana beliau menjadi kebanggaan orang Seri Medan, Batu Pahat (juga tempat lahir aku), antara satu-satunya anak Melayu Seri Medan yang telah mencapai tahap jutawan.


Sekolah lama Datuk Sosilawati, SK Seri Dayung dan SMK Seri Medan Batu Pahat juga sangat berbangga kerana melahirkan seorang usahawan yang berjaya dan tersohor di seluruh negara. 


Sejak sepupu aku Cikgu Muslimah Sahwan, berkahwin dengan adik lelaki Datuk Sosilawati, aku lebih banyak mendengar cerita tentang beliau. Kaum kerabatnya selalu menceritakan kebaikan beliau yang pemurah dan sentiasa membantu mereka. Bukanlah seperti cerita sesetengah orang yang sudah malu untuk pulang ke kampung setelah mencapai kegemilangan.


Dengan kehilangannya yang sungguh tragis ini, kita semua sudah tidak boleh berbuat apa-apa. Kini bertambah lagi satu jenayah berprofil tinggi di bumi Malaysia yang kita cintai ini. Hari-hari ada pembunuhan! Dan kita semua tidak menduga mereka tergamak melakukan jenayah sekejam ini.


Akhir kata, marilah berdoa agar penjenayah yang terlibat diseret ke muka pengadilan dan akan dihukum dengan sewajarnya.(mereka sudah dalam tahanan Polis).


Bukti BERITA SEDIH ITU.....klik di sini



Buat anak-anak, suami, sahabat handai, kaum kerabat Datuk Sosilawati...(dan tiga orang sahabatnya itu)..

1. Kamarudin Shansudin(pemandu beliau)
2. Ahmad Kamil Abd Karim (peguam)
3. Noorhisham Mohamad (pegawai bank CIMB)

bersabarlah atas ujian besar dalam kehidupan kalian. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka.

Berita lain lebih lanjut...Klik

1 ulasan:

Mama Miraki berkata...

ye sedih betul dengar berita ini. pagi2 pegi PS nak beli surat khabar..tapi semua dah sold out..laris surat khabar hari ni