MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 15 Oktober 2010

BAJET 2011


Bajet 2011 baru dibentangkan oleh PM tadi.
Beberapa perkara sahaja yang aku nak ulas:

1. Bonus-wang ihsan untuk kakitangan awam RM 500 akan diterima Disember 2010 nanti seperti sedia adanya.

2. Elaun imam meningkat dari RM 450 ke RM 750 sebulan. Lepas ni berebutlah nak  jadi imam. Yang mengaji tunggang-langgang pun nak jadi imam juga. Setiap yang baik ada buruknya.

3. Cuti bersalin boleh ambil 90 hari tetapi terikat dengan 300 hari sepanjang      perkhidmatan. Jadi cuma anak pertama sampai ketiga sahajalah ya? 90 hari X 3: 270 hari. Anak keempat cuti sebulan sahajalah. Kalau nak cuti lagi ambil cuti tanpa gaji.

Itu sahajalah pendapat aku tentang Bajet 2011. Nampak gaya bajet kali ini, adalah bajet berjimat-cermat. Aku kena teruskan buat MLM agar dapat bonus setiap bulan. Korang bolehlah, gaji puluhan ribu. Aku ni siapa nak tolong? Diri sendirilah kan?

Namun, kerajaan akan membuat menara 100 tingkat yang berharga 5 billion. Dijangka siap 2015. Entahlah, peliklah aku yang jadi rakyat biasa ni.   

4 ulasan:

sz | m.s.s berkata...

hehehehe...
syukurlah orang kerajaan dpt bonus...
harap2 orang kerajaan negeri pun terkena tempias nya...

MSOM berkata...

SZ,
Akan menyusullah tu

pakmatjb berkata...

Iyalah Tuan Mat Som, saya pun sebagai rakyat biasa ni pun sangat pelik dengan projek menara 100 tingkat ni dikala segala bantuan yang dipanggil 'subsidi' kepada rakyat cuba terus dikurang malah sebolehnya dihapuskan.

Mungkin bila siap nanti, anak cucu kita boleh beramai-ramai memenuhkan lantai 100 tingkat tu bekerja sebagai 'pegawai besar' (sekadar berbaik sangka) :)

MSOM berkata...

Pakmatjb,
Kurang2 anak2 kita boleh buat rombongan sekolah ke sana, ambik-ambik gambar, kena bayarlah juga, macam naik menara KL Tower tu