Ahad, 3 Oktober 2010

BICARA TENTANG SANTAU


Baru-baru ini sahabat aku mendakwa disantau. Dia kata begitu setelah berjumpa ustaz yang mengubatinya. Kebetulan Mastika edisi September membicaran tentang santau.


Mari kita kongsikan sedikit apa yang terdapat dalam majalah tersebut. Nak bincangkan semua, bacalah sendiri Mastika September 2010.


Mukadimah rencana itu bermula dengan kata-kata Dr Harun Din;
" Kononnya santau diperbuat daripada bahan yang amat-amat bisa. Dikatakan santau diperbuat daripada bulu ulat bulu yang mati merana (beragan), dicampur dengan bisa ular, lipan atau kala jengking dan dicampur dengan kaca daripada mentol lampu kalimantang yang ditumbuk halus".


"Selepas itu ia dikatakan melalui proses adunan tersendiri dan dikeringkan, dijadikan serbuk untuk diletakkan dalam makanan atau minuman. Ia adalah cerita lisan, tiada orang yang boleh mengesahkan sama ada ia santau sebenarnya" jelas Dr Harun Din.


Tanda-tanda kena santau:


1. Batuk berpanjangan, berbulan-bulan, kadang-kadang mengambil masa bertahun-tahun, segala ubat batuk   tidak dapat mengubati batuk itu.


2. Ada juga mangsa yang batuk mengeluarkan darah, hilang selera makan, badan kurus kering, kulit berkedut-kedut, kuku kebiru-biruan, di sekeliling mata juga kebiru-biruan, tidak bermaya, sejak kaki dan tangan khususnya pada petang hari, kemurungan, tidak ceria dan sebagainya.


Namun jelas Dr Harun Din, gejala di atas tidak semestinya kena santau. Mungkin juga mereka terkena  penyakit paru-paru rosak, tonsil kronik, sakit TB, keracunan dan sebagainya. Jika penyakit begini ia harus dirawat oleh doktor pakar.


Jika sudah diubati juga tidak sembuh, mereka akan cari rawatan alternatif.


Salah seorang mangsa yang terkena santau bukan calang-calang orang. Profesor fizik nuklear iaitu Profesor Madya Dr Ahmad Suhaimi dari UKM yang menderita selama tujuh tahun.


Beliau memberitahu beliau terkena santau angin.


"Antara tandanya ialah batuk berlarutan, batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca. Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Magrib dan malam Jumaat"


"Selain itu hati sentiasa berdebar, risau tidak tentu fasal, cepat nak marah, susah tidur, cepat lupa, buang air besar berdarah, muntah darah, mata kabur dan sakit makin menjalar dalam tubuh"ujarnya.


Jika yang keluar dari mulut adalah kaca-kaca halus ia adalah santau angin. Jika yang keluar kaca-kaca tebal ia adalah santau makan.


Begitulah antara simtom-simtom seseorang itu terkena santau.


Bacalah ayat Quran di atas sebagai salah satu cara mengelakkan kena santau, juga membacanya sebagai satu ibadah. Selain itu jika diamalkan ia juga sebagai doa panjang umur untuk kita. 

10 ulasan:

Mama Janet berkata...

Patut ler WONG KHOO LAI marah kalau masa tengah duduk2 ada angin bertiup kita cakap " he sedapnya angin.Sebab kadang2 tu angin jahat.Santau kan ada melalui angin.

MSOM berkata...

Mama Janet ni....! Beliu Pernah mengajar di Sarawak, tentu dah temui yang lebih dahsyat giler daripada santau...Santau alias Santet.

en_me berkata...

teringat bekas ustaz me yg kena santau.. dah 12 tahun dahh.. uhuhu

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Allah lebih berkuasa dari yg lain2... Bertaubatlah wahai org2 yg mensyirikkan Allah semata2 utk kepuasan diri sendiri. Semoga Allah membukakan pintu taubat buat mereka.
Dosa kpd Allah, kita mohon keampunan dari-Nya, dosa kpd manusia, hanya manusia itu sendiri yg akan mengampunkannya.

NoorGie berkata...

nauzubillah....ada jugak orang yang sanggup melakukan hal sebegini kepada saudara sesama Islam...semoga kita dijauhkan dari hal2 sebegini. Mr Som..tq for sharing

MSOM berkata...

En Me,
Kesian kannn Ustaz En Me tu

MSOM berkata...

Selagi dunia belum Qiamat MMiror,
sihir-sihir itu tidak akan berakhir

MSOM berkata...

Cikgu Norgie,

Apabila sudah nampak duit semuanya tidak nampak. Pawang diupah, dan sipengupah pula kerana dengki atau marah kepada simangsa.

sz | m.s.s berkata...

mintak Allah pelihara kita drpd unsur2 sihir ni kan...

MSOM berkata...

SZ,
Amalkan bacaan Al-Quran untuk menjauhi sihir. Hindarkan berselisih faham dengan sesiapa, usah riak dalam sesuatu, takut ada Yg marah dalam diam.