MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 7 Oktober 2010

BISNES MLM BINARY

Petang semalam aku terima mesej SMS, "Sdra Mat Som, saya ingin tahu tentang Bio Asli."


Aku anggap itu hanya mainan kata-kata. Sudah banyak kali aku terkena. Jauh-jauh aku memandu, apabila aku sampai, prospek itu bersama orang lain. Akhirnya sahabatnya itu yang berdegar-degar kempen produk dia. Ini sudah kira menganiaya aku. Satu lagi aku langsung tidak diberi peluang untuk memberi penerangan tentang Bio Asli seperti yang dijanjikan.


Petang tadi sekali lagi prospek itu SMS aku. "Bila kita boleh jumpa?"


Aku biarkan satu jam. Kemudian aku balas. "Petang ini, di mana?"


Setengah jam kemudian, aku menerima panggilan daripada orang lain. Lelaki yang tadi terus tidak SMS lagi. Ini benar-benar lakonan yang sama.


"Sdra Mat Som, saya Mamat daripada syarikat XYZ.........teh Stevia.......bla...bla...tak payah mantain,.....bla bla.....2 kaki......"


"Maaf sdra, saya tidak berminat" Aku matikan handphone.


Kali ini cara kumpulan ini lebih beretika, di mana aku tidak perlu mengeluarkan modal minyak menemui mereka, tidak seperti yang sebelum ini.


MLM ada 2 jenis, MLM yang normal dan MLM Binary Sistem. Jika mereka kata:


2 kaki
3 kaki
Tak perlu mantain
Pairing


Terus terang, aku tidak berminat. Biasanya syarikat yang menggunakan sistem ini mereka tidak dapat bertahan lama. Ini kerana income diperoleh dari penajaan orang, bukan hasil jualan produk.


Syarikat yang bertahan lama seperti Amway, Cosway, dan HPA kerana mereka memperoleh bonus hasil daripada jualan produk. Harga juga logik pada pendapatan pelanggan.  


Malangnya, hari ini kebanyakan syarikat MLM menggunakan sistem BINARI. Orang ramai pula keliru antara MLM yang tulen dengan MLM yang bertopengkan lesen MLM.

2 ulasan:

sz | m.s.s berkata...

ihikss...saya termasuk dlm statistik orang yg keliru tu la cikgu... ;p
asal dengar MLM je mcm trauma... tp sebenarnya kat luar tu ada je MLM yg ok kan mcm tupperware tu...(err MLM ngan direct selling sama ke? isykk konpius lagiks...)

MSOM berkata...

Tuperware termasuk SLM Single Level Marketing, di mana ahli tak boleh taja orang, untung runcit.

MLM- Ahli menaja sampai akar umbi.

Binari - Sistem pelan pemasaran dia dapat bonus daripada jumlah orang yg ditaja.