MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 9 Oktober 2010

BLOG WALKING ZIARAH BLOG

Petang ni aku nak merepek perkara yang mudah, iaitu cara nak blog walking. Aku ni tak rajin blog walking, sebab kebanyakan blogger yang tersenarai di blogger.com ni, 70% muda belaka. Cerita pun fasal pakwe, makwe.
Kalau nak cari blogger yang sebaya dengan aku kenalah pilih blog politik. Malangnya pengkomen-pengkomen di situ agak biadab. Hanya 20% sahaja yang ada budi bahasa.

Ok....tengok gambar bersiri di atas. Ni memanglah mudah, tetapi bagi blogger baru mereka tak tahu. Ikutlah step by step. Sebab tu kita kena isi maklumat blogger di akaun blog kita dengan sebanyak-banyaknya. Katakan minat kita memancing, maka kita akan disenaraikan dengan blogger yang suka memancing dari seluruh dunia. Paling ramai rasanya yang minat dia watching television.

Gambar yang paling bawah tu...tengok ada anak panah (mouse), ada blog seterusnya itu ialah cara kedua nak mengembara ke blog orang. Tetapi kadang-kadang kita masuk ke blog yang dah bersawang. Kalau ikut cara di atas tadi kebanyakan blog yang tersenarai ialah blog yang baru diupdate.  Sebab itulah kita tak boleh bela labah-labah dalam blog kita, alamatlah lama-lama tak ada orang nak berkunjung ke blog kita.

Kalau dah jemu baca blog aku, kalian tengok perkataan di atas tu..atas blog aku ni.BLOG SETERUSNYA...klik

Tiada ulasan: