Ahad, 24 Oktober 2010

HELMI PUTUSKAN TUNANG DENGAN ROZALIYA



Dua berita yang menggemparkan!

1.Kerajaan memutuskan untuk menaik taraf status Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).


2.Krisis hubungan membabitkan bakal pengantin, Rozaliya Mat Lazim, 20, dengan tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor, 24, berakhir dengan kedua-dua keluarga bersetuju memutuskan pertunangan pasangan itu semalam.
Keputusan itu disahkan sendiri bapa Helmi, Mohd. Noor Juah, 53, selepas dia mengetuai rombongan menemui keluarga Rozaliya di Bandar Baru Cheneh dekat sini semalam. (sumber KOSMO)

Aku sokong kedua-dua berita ini. Tindakan Muhyiddin adalah betul. Dan tindakan Mohd Helmi Mohd Noor juga betul. Kalau aku jadi Helmi, aku pun buat macam tu juga.

10 ulasan:

Kamsiah berkata...

salam...
kes putus tunang tu...mmg setuju...budak pompuan tu mmg tak matang lg,tak layak kawen lg...kalau betul2 tak mau kawen,dah tawar ati dgn si tunang,berbincang la dgn family..bkn lari mcm tu ja...pendek akal...!!

MSOM berkata...

Pn Kamsiah,
Kalau tak lari mungkin Rozaliya tak jadi popular seperti artis macam sekarang ini.

en_me berkata...

kalo dah orang tak suker kanns.. uhuhu

Kak Kay berkata...

MS= bab subjek sejarah tu anak saya yang form1 kata bosan la subjek sejarah ni, tah apa2 nak ingat tarikh la, tempat, nama2 orang tah apa2 dia kata.. baik subjek match ingat formula atau cara pengiraan cukup, tak de pening2 menghafal...Tak tau le bebudak2 la ni...

NoorGie berkata...

sya sangat2 setuju dengan kak kamsiah..perbuatan rozaliya menunjukkan ketidak matangan dia...apasalahnya kalau berbincang dgn cara baik..tindakan dia memalukan keluarganya dan diri dia...

MSOM berkata...

EN ME,
Hidung Tak Mancung, Pipi .....!
Baik cari yang biasa-biasa tapi hati baik.

MSOM berkata...

Mengajar Sejarah ni kena kreatif Kak Kay.

MSOM berkata...

Norgie,
Dia masih terlalu muda, akal dia tidak sampai ke situ. Kesuntukan masa menjadikan dia nekad. Ini semua hasil daripada pujukan iblis yg mahu merosakkan mesjid yang hendak dibina.

Siti Indrawati berkata...

kes rozaliya tu memang betul..dia dh terdesak sebb tu dia lari tp ada akhbar menyatakan dia dh bg tau keluarga dia x nak teruskan cuma keluarganya yg x mahu ikut kehendaknya..apa pun semoga yg berlaku sebagai pengajaran untuk kita semua..

Imddin Ahmad berkata...

Didikan agama sangat penting kepada anak untuk bekalan di hari dewasa..