MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 8 Oktober 2010

PINDAHAN DUIT ANTARA BANK DENGAN KAD ATM - MEPS


Sedang aku berbual-bual dengan seorang pengedar yang bertandang ke rumah, aku menerima panggilan macam kecemasan daripada Abang Long dari Seri Medan.

"Bank BSN buka lagi tak ya?"
"Kenapa tu Kang?"
"Ala, anak aku perlukan RM petang ni juga" 
"Buka lagi...jangan takut, tak apa saya pakai duit saya dulu"

Sebenarnya pada masa Abang Long call, sudah menunjukkan pukul 5.00 petang. Bank tu dah tutup pun. Tetapi saja je aku tak nak cemaskan dia. Maklumlah anak perlukan duit dengan segera. Orang tua tentulah risau.

Nasib baiklah aku dah belajar dengan kerani bank tu tentang bagaimana nak buat pemindahan antara bank melalui Kad ATM MEPS.

Senang je>* Masuk kad ATM macam biasa.
                    * Pilih Menu - Lain-lain.... Urusan MEPS
                    * Kemudian pilih Pindahan Antara Bank                   
                    * Pilih Bank mana nak masukkan duit? Nama-nama Bank disenaraikan..
                    * Masukkan No akaun secara cermat, takut masuk akaun aku pulak nanti.
                    * Confirmkan nama penerima adalah anak kita                 
                    * Barulah ok....sampai akhirnya keluar resit. Ingat dalam resit tu tiada nama pemilik akaun. Nama pemilik akaun yang terima hanya muncul di skrin ATM. 
                     

Aku cerita ni bukan apa, ramai pakcik-makcik kita betul-betul masukkan duit ikut kaunter, ataupun paling popular masukkan duit di dalam mesin. Itu kalau anak kita guna bank yang sama, senanglah kan?
Habis, kalau mesin tu di dalam bank, masa pulak dah habis macamana?

Pindahan MEPS Kad ATM ni ada syarat, Kad ATM tu digunakan pada Bank yang sama. Maksudnya kalau kad tu kad CIMB, kita kenalah buat di mesin ATM CIMBlah.

Dengan kemudahan ini sungguh memudahkan segala urusan terutamanya mengirimkan duit kepada anak yang sedang belajar kan? Nak bayar hutang member pun senang?

Taklah macam dulu, pergi beli wang pos, surat dahlah lambat sampai. Anak Kat UNIVERSITI makan mi segera untuk empat lima hari.

Yang seronoknya mereka yang sudah ada Maybank2u atau Cimbclick, semuanya tinggal di hujung jari.

Bertuahnya menjadi anak-anak sekarang!                            

8 ulasan:

sz | m.s.s berkata...

betul tu cikgu...klu online banking, kat sini pindah terus di sana blh kuarkan (bank sama) ...
klu dulu2 jenuh p beratur nak check duit sara diri pinjaman dah bank in ke belum..hehehe

SeNDuDuK PuTiH berkata...

Bro MSom,
Nanti kawe bg no acc kawe, leh la transferkan sekupang dua kat kawe... hehe

MSOM berkata...

SZ,
Yang penting EMAK BAPAK sekaraNg
kena banyak duit...kalau tak, kirim air mata sajalah

MSOM berkata...

SP,
Nak guna duit untuk beli Merak India? Ambik saja kat Ladang Gadong
Kah kah kah!

en_me berkata...

tapi bsn kenakan caj lebih tinggi drpd bank2 komersil yg lainns.. kang kanns

MSOM berkata...

Ya betul tu En Me,
Tapi kalau nak buat loan, BSN pulak antara yang paling murah.

Mama Miraki berkata...

betulah MS...sekarang ni nak shopping tak yah keluar rumah.online jer..janji duit dalam bank penuh..hehehhe klik..klik..berkenan...bayar dan 2-3 hari barang sampai depan rumah..hahahha

MSOM berkata...

MMiraki,
Lagi2 kalau order produk BIO ASLI!