MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 9 Oktober 2010

SABTU NAN INDAH INI.......

Lalu di Jalan Kluang, depan BP MALL

Round Summit Parade kejap.
Lepas UPSR macam-macam nak buat


Tiga empat hari ni, Ili Nabilah asyik memerap di dalam biliknya. Rupa-rupanya dia sedang menyiapkan lukisan hidupan laut ni. Tahun ni dia bersemangat sangat dengan mata pelajaran Pendidikan Seni. Mesti cikgu dia ni kat sekolah bukan calang-calang cikgu seni.

Pagi ni pagi Sabtu. Aku nak tukar jadual aku. Biasanya Sabtu ni aku lepak-lepak di pekan Parit Sulong. Borak-borak dengan kawan-kawan seperjuangan dalam MLM. Ada yang buat Noni, Goji, jual baja siraman pun ada. Bertukar-tukar pendapat tentang cara marketing. Warung bawah bazar adalah pilihan kami kerana di situ sejuk dan jauh dari bahang matahari.

Namun pagi ni aku ajak Irfan ke Batu Pahat. Nak jumpa customer sikitlah. Ada yang dah bising-bising Kopi Kelapa Dara lambat di hantar kepada mereka. Dari Batu Pahat aku ke kawasan parking Sharp. Kat situ pun rupanya dah ada mesin ATM. Dua orang customer menunggu kami kat situ. Kemudia aku pusing jalan ke Seri Bengkal. Tiba pekan Pt Yani sudah pukul 1.00 petang. Ikan di pasar sudah tinggal seekor dua. Aku belilah juga kerana tidak ada pilihan. Berkejar ke rumah di PS kerana jam 2.00 ni Ikhwan nak sekolah agama (ganti cuti raya).

Itulah sahaja aktiviti aku separuh hari Sabtu hari ini.

2 ulasan:

sz | m.s.s berkata...

cantiknya lukisan nabilah tu...
wahh padat juga program cuti2 sabtu ye cikgu... :)

MSOM berkata...

SZ
Program rojak, tak ada dlm perancangan.