MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Sabtu, 13 November 2010

BONUS BIO ASLI NI NAK BELIKAN APA...

Ni bukan entri mengol (menunjuk-nunjuk ya)
Ala barang murah tak kan menunjuk kut?


Pagi-pagi BIO ASLI dah hantar SMS.
Bonus anda RM 190.00 telah dikreditkan ke akaun anda.




Bonus minggu ni aku nak belikan sesuatu.
.....................???????
.....................???????


Aku pun berangkat ke Pasar Parit Solong...
Secara solo.......!


Nak beli apa ya?
Ha....!
Tu dia ada orang kerumun macam tengok orang jual ubat tu?
Selalunya lelaki, ni perempuan pulak yang ramai kerumun?
Mesti produk kosmetik ni?
Takkan jamu jampi rapat pulak?


Mari....! Mari bang! Stok terhad! Murah! Murah!


Lori terbalik ke ni bang?


Ish...ish...janganlah kata begitu.
Ni betul punya ofer!


Cerek ni harga dia hari ni cuma RM 12.00!
Pengukus ni RM 40.00!
Set kuali! Set Periuk pun ada!


Maka aku pun sambarlah pengukus dan cerek ni. RM 52.00 semuanya.


Lepas tu aku meronda lagi
Singgah le ke kedai handphone
Aku nak beli hand phone yang boleh masuk dua kad SIM.
Buatan China, buatan Chinalah asal boleh masuk dua sim.
Harga hand phone tu RM 138.00.
Eh...ada kamera juga, tapi tak clearlah.
Nokia aku yang cabuk tu dah boleh masukkan muzeum Bugis.
Jangan salah sangka.
Muzeum jawa tak ada lagi kat Johor ni.


Jumlah harga kesemua barang yang aku beli hari ni ialah RM 190.00
Wau....ngam betullah 


Lepas ni nak jual minyak Kelapa Dara lagilah.....
Nak beli apa pulak ya?
Rasanya macam teringin nak beli kamera kompak Canon yang nipis tu.
Bolehlah upload gambar dengan lebih terang.


Pengukus ni lebih simple dan lebar

8 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Ha'a ya.. baik kita buat beli benda2 kekal mcm ni kan..baru la boleh nampak hasil.. selalunya kalau aku, aku simpan bonus tu utk raya baru cash out.

MSOM berkata...

Sesekali kena belikan sesuatu.
Aku dah keyinkan tu. Tgokle berapa juta MM dapat.

Mama Miraki berkata...

ohhh pengukus tu cam mama punyalah heheheh...senang tu nak buat kek kukus....ohh hari ni pasar PS ek...bila erk nak balik PS..yang pasti raya haji tak balik ler....

MSOM berkata...

Ala PS bukan jauh sangat Mama Miraki. Isi minyak, start kreta, jalan.....sampaile PS.

Kak Kay berkata...

Wah MS lepas ni boleh le suruh orang rumah buat xtvt kukus mengukus...

MSOM berkata...

Dan kak Kay,
Entri lepas ni cerita fasal
Segala masakan berasaskan kukusan
Seperti jemput-jemput kukus
Nasi kukus
Pisang kukus
kus, kus

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

MS - thanks..yey!! alhamdulilah.

Mama Miraki berkata...

memang ler PS tu dekat aje...tapi kalau tak ada geng balik sekali...mak aiiiiii.....pengecut nak masuk rumah tinggal tu.....so alasan paling baik...tak ada kunci rumah....hehhehe