Sabtu, 13 November 2010

MACAM-MACAM MASALAH RUMAH TANGGA

Malam ni aku meneroka blog-blog, facebook-facebook, web-web, akhirnya aku terjerumus ke PESANAN 

Yang menarik tu membaca komen-komen orang yang mengalami pelbagai masalah rumah tangga di situ. Betapa banyaknya rumah tangga yang rosak binasa. Terfikir aku akan nasib anak-anak yang jumlahnya tiga empat kali ganda dari ribuan suami isteri yang bercerai-berai. Mereka ini hidup dalam tekanan kerana perceraian ibu-bapa mereka. Akhirnya.... masyarakat kita akan datang akan dipenuhi orang yang sarat dengan pelbagai masalah kehidupan.


Siapa yang salah? Sistem ekonomi kitakah? Cara hidup kitakah?


Ketika, negara kita masih menjadi negara pertanian, hidup orang kita aman damai tenteram bahagia. Ada juga kes penceraian. Tetapi tidaklah pada tahap yang serius seperti sekarang ini. Ada yang bercerai beberapa minit selepas bernikah. Malah ada yang batalkan pernikahan pada saat-saat akhir!


Dunia kita semakin kalut. Godaan dan cobaan berada di sekeliling kita. Iblis semakin bertungkus-lumus mengajak seberapa ramai umat manusia ke neraka bersama-sama mereka. Agen-agen yahudi menciptakan kilang-kilang 24 jam. Isteri-isteri yang sepatutnya berada di rumah pada waktu malam, bekerja sampai pagi. Ada yang jadi pengawal keselamatan. Ada pasangan yang bertemu seminggu cuma sekali, malah ada yang sebulan sekali. Lebih malang orang Indonesia sampai bertahun tidak ketemu pasangan bertahun-tahun. Siapakah yang menciptakan semua sistem ini? Sistem kapitalis yang dipelopori penjajah masa silam sehinggalah kini ekonomi kita dijajah oleh golongan yang bertuhankan wang itu.


Anak-anak di rumah tiada pengawasan. Mereka bebas nak merokok, hisap dadah, merempit, menonton tayangan porno, maka berlakulah pelbagai gejala buruk seperti pembuangan bayi di merata-rata tempat di negara kita. Ini semua adalah korban kepada yang dinamakan kemajuan!

2 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Ada seorang ustaz tu menulis :

"kenapalah ramai sangat yg bercerai malah ramai yg sedang merancang utk berpisah... anak2 yg jadi mangsa. antara punca cerai ialah kerana dosa... percayalah momentum kejahatan yg dilakukan semasa bujang kalau tk taubat betul2 akan berterusan setelah berkahwin. Biarlah kita sanggup putus cinta kerana CINTANYA"..

Tu la... "utk putus cinta hanya kerana cinta-Nya" tu yg paling payah dilakukan oleh remaja2 kini hingga akhirnya memperjudikan nasib berkahwin dgn lelaki yg tidak kuat imannya..

MSOM berkata...

Cintanya? Apa tu, aku tak faham pulak. Cinta makwe lama? Cinta hobi? Cinta kawan lelaki? Puan ni berkias sampai akal aku tak sampai ke sana.