MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 4 November 2010

MINGGU MENJADI SILENT READER

Tiga empat hari ni, aku lebih suka jadi silent readers dalam blog orang lain. Aku kagum tengok blogger seperti Ben menulis entri sehari sampai 20 entri. Aku ni nak tulis satu entri pun dah macam apa. 

Dah tak kuasa nak menulis kut? Kena menghadiri kursus menulis blog nampaknya ni. Tiba-tiba minda aku kosong. Nak cerita produk baru pun, ada orang nak termuntah.

Cerita tentang politik? Oh tidak! Cukuplah beratus ribu blog yang berceloteh tentang sepak terajang dalam dunia politik Malaysia yang dah macam tempat kanak-kanak bergaduh tu. Kalau baca komen-komen pembaca, terutama oleh anynomous, tak tergamak aku nak membacanya. Budi bahasa dahlah tak ada, kadang-kadang fakta pun diragui.

Aku tengah merelaxkan minda ni, dengar lagu-lagu Pop Yea yea. Seruling Anak Gembala.

Tiada ulasan: