MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 4 November 2010

RUMAH HOUSEMATE AKU

Akhirnya Kashfi Mohammad dan Zaidah Taslim dari Pasir Puteh, Kelantan meletakkan gambar rumah barunya dalam Facebook. Agaknya Kashfi buat majlis apa ya? Tentulah kesyukuran? Semoga Kashfi sentiasa ceria dan bahagia di samping isteri tercinta dan anak-anak tersayang. Dulu Kashfi housemate aku di Paloh Kluang nan Indah. Yang kelakarnya, aku dan sahabatku Amran Jepun raging dia semasa mendaftar diri sebagai guru di bumi Paloh. Sampai sekarang dia ingat betul kisah tu. Rasa nak ikat aku dengan Amran dan lepas tu nak dikerat-keratnya apabila mengingati peristiwa itu.

Apa kami buat kepada Cikgu Kashfi? Yang aku ingat, ketika dia dan Krol datang pertama kali, dan bersalam dngan kami, kami buat muka serius macam Ketua Bintang Tiga, terutama Amran. Dua tiga hari mereka di Kuaters tu kami elakkan dari senyum kepada mereka berdua.

Ketika itu mereka berjalan kaki. Kami sudah ada kereta. Aku ada kereta sport Toyota Celica ST ketika itu. Amran pula memandu Mazda Capella. Kami biarkan mereka membetis ke sana-ke sini. Akhirnya mereka jadi kawan baik aku. Namun Amran Jepun masih tetap serius sampailah dia pindah sekolah.

Tiada ulasan: