MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 10 November 2010

SANGGUPKAH ANDA KEHILANGAN SUAMI?


Jangka hayat lelaki lebih pendek berbanding wanita.

Itu merupakan kesimpulan aku sendiri. Perbincangan dengan rakan sekerja tentang jumlah lelaki tua dan perempuan tua di kampung masing-masing, membuktikan bahawa lebih ramai perempuan mampu hidup lebih lama daripada lelaki.

Contohnya, di kampung saya sendiri, Parit Baru, Sri Medan, rasanya ada lebih 30 orang janda yang sudah berusia. Agaknya mengapa lelaki tidak dapat bertahan lama? Mungkin mereka bekerja keras bekerja menyara keluarga? Atau menghadapi tekanan kehidupan untuk memikirkan segala perkara, menyebabkan mereka menghidap pelbagai penyakit seperti darah tinggi dan mati mengejut? Bagaimana keadaan di kawasan tempat tinggal anda pula?  Mana mungkin jumlah duda tua lebih ramai dari janda?

Oleh itu, jika anda sayangkan suami anda, janganlah memberi tekanan atau bebelan kepada suami anda. Jadilah isteri yang menyejukkan hati dan mata suami, agar suami anda lebih lebih sihat dan panjang umurnya. Jika tidak, mampukah anda menjadi janda dalam keadaan sekarang?

11 ulasan:

NoorGie berkata...

......jika anda sayangkan ISTERI anda, janganlah memberi tekanan atau bebelan kepada ISTERI anda. Jadilah SUAMI yang menyejukkan hati dan mata ISTERI, SUAMI yang pandai memujuk, romantis dan pandai mengambil hati ISTERI, serta SUAMI yang rajin menolong ISTERI membuat kerja-kerja rumahtangga.... agar ISTERI anda lebih lebih sihat, ceria, bahagia dan panjang umurnya.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

maybe sebab lelaki tak suka meluah masalah kot berbanding perempuan.. tu yg hidup dlm tekanan..

~ Mummy Gee ~ berkata...

sokong NorGie 800%... tapikan suami isteri kena saling "bebel membebel" (dibaca saling ingat mengingati)... baru hidup aman bahagia...

kalau suami tension si isteri pun akan ikut tension tengok muka suami yang tension je, cam tu sebaliknye.... hehhehe

Cikgu Zaman berkata...

ajal maut di tangan Allah...
no komen...

NoorGie berkata...

betul Mummy...very the true......

MSOM berkata...

No komen,
No komen,

sz | m.s.s berkata...

hehee...
walaupun puan isterinya ni keje bg syarahan tp kat umah encik suami yang lagiiiii banyak bagi syarahan percuma...ihikssss...

~ Mummy Gee ~ berkata...

Cikgu MSOM tengah cari bala tentera nak buat serangan balas so buat masa ni dia kata 'no comment' je.... hehhehhe.... jangan marah ya cikgu...

MSOM berkata...

Bila wanita dah bangkit, baik aku lari je!!!!!

en_me berkata...

tetiba teringat arwah bonda me lar fulakks.. salamm kang

MSOM berkata...

En Me memang anak Mithali