Ahad, 28 November 2010

SEHARI DI RENGIT

(PEKAN RENGIT)
Sehari 27 November 2010
Kami berkampung di rumah abang Baharuddin.
Hari ini ialah majlis perkahwinan anak saudaraku Nurul Faezah.

TOL 1-Pemuda-pemuda 

TOL 2-Makcik-makcik dan kanak-kanak perempuan.

TOL 3-Mak Andam. Tol Paling mahal.

TOL dalam majlis perkahwinan di negeri Johor sudah menjadi adat yang popular. Ia tidak lain bertujuan memeriahkan suasana dan supaya pihak pengantin perempuan selaku tuan rumah dapat berinteraksi dengan rombongan pihak lelaki. Dalam majlis anak saudara saya ini, ada tiga tol sahaja, kadang-kadang sesetengah tempat lebih daripada itu. Jika anda bakal melamar gadis negeri Johor maka bersedialah dengan duit tol yang mencukupi. Jika tidak pasti anda akan berpeluh-peluh di tengah panas nanti.

Buat kaum-kerabatku, jika hendak melihat gambar-gambar majlis tersebut KLIK DI SINI>>>

6 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

saya sukaaaa tradisi tol2 ni cikgu! kat majlis perkahwinan johor je jumpa ni... ;)

ONE ZABA berkata...

mujur aku tak da jodoh dgn org johor....

kalau pakai kad touch & go boleh kut untuk tol tol situ.

MSOM berkata...

Dr Sz,
Ada yg suka, ada pula yg tak suka.

Namun, ia sekadar utk gurauan senda buat memeriahkan suasana agar ceria sentiasa.

MSOM berkata...

Touch And Go belum diperakukan lagi dlm TOL PENGANTIN. Tengok macamana, kabinet dapur nak bincangkan nanti.

Mama Janet berkata...

Tapi kdng2 pihak belah pompuan melampau sgt.belapis2 tol dia. kesian pengantin lelaki yg dah berpeluh2.Patut2 ler...

MSOM berkata...

Mama Janet, masukkan je duit syiling 20 sen dalam setiap sampul. Kalau 50 orang pun baru
RM 10.00!