MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Rabu, 1 Disember 2010

AKU BELUM KAYA LAGI?

Semua orang nak kaya dan hidup senang. Namun kadang-kadang kita rasa kita belum kaya, kerana apa yang kita hendak belum kita capai. Jika kita ingin mengejar itu semua, maka jiwa kita akan gundah-gulana.

Bandingkanlah kita pada masa dahulu, yang tidak punya apa-apa. Sekarang kita sudah ada rumah, kereta, anak, isteri dan suami. Kayalah tu. Berapa harga rumah tu? Dulu membetis sahaja naik bas, sekarang dah memandu kereta sendiri. Dulu tunggu bas henti-henti, hari-hari menyedut karbon monoksida, sekarang dah dihantar suami ke tempat kerja.

Bukan aku tak nak kalian kaya raya macam Irfan Khairi atau macam AC Mizal, ND Lala yang income 5 angka tu, atau macam anak-anak Sosilawati. Semua orang nak. Tetapi, janganlah sampai pening kepala memikirkan hal itu.

Setiap ringgit yang kita dapat kita bersyukur. Usahlah membazir dengan membeli benda-benda yang tak berfaedah. Beli sekejap lepas tu simpan kat stor. Kereta dah ada dua buah, beli lagi satu, nak buat apa? Kita akan bahagia jika kita dermakan duit yang lebih itu kepada orang-orang miskin, anak-anak yatim. Ini nak buka sekolah ni, ramai lagi orang menangis-nangis tak ada duit nak bayarkan yuran anak. Itu kalau kalian orang yang dah banyak duitlah. 

Ini kerana: "Kita akan rasa bahagia, andainya kita dapat membahagiakan orang lain"

Itu sahajalah omelan aku pada petang yang hening ini.

Tiada ulasan: