MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 16 Disember 2010

DIALOG DI BALIK WARUNG

"Dahlah, dah petang ni, rehat-rehatlah Man"

 "Cari makan anak-anak Dol, anak dah ramai, engkau bolehlah anak baru satu, kecik lagi"

"Aku faham, aku faham, lagi-lagi nak buka sekolah ni..."

"Tau pun kau Dol, sengsara raya baru je lepas, ni datang pulak musim buka sekolah, RM 2000 tak cukup Dol"

"Apa yang mahal sangat tu...?"

"Malaslah aku nak cakap dengan engkau, baikle aku baca Metro ni"

Begitulah perbualan dua orang bapa di warung yang damai itu.

Oleh sebab hujan lebat, aku terperangkap di warung tu. Warung siapa lagi kalau tak warung bujang trang tang tang tu.

Sampai sekarang aku tidak tahu apa istimewanya warung pemuda itu. Makanannya biasa macam warung-warung lain. Tetapi pelanggan tak pernah putus. Agaknya pemuda itu rajin solat Dhuha. Setiap kali masuk waktu solat, aku lihat dia bersembahyang tanpa membuang masa, hatta pelanggan tengah ramai. Warung ini ada seorang pembantu. Dia adalah adiknya sendiri.

Puas sudah aku nak tangkap gambar pemilik warung itu, tetapi tak dapat.

"Siapa kata saya dah kahwin?"

"Blogger yang berbadan besar, rumah emak dia kat sebelah tu..."

"Oh cikgu tu, itu semua gosip"

"Kalau betul apa salahnya, duit pun dah banyak, kebun berekar-ekar, siapa yang untung nanti?"

"Carikanlah saya"

"Nak cari anak dara atau jan.....?"

Hujan pun berhenti, aku meninggalkan warung itu untuk entah keberapa kalinya.

4 ulasan:

Mama Miraki berkata...

Warung Abas...laa tak beli kuih muih dia..setiap kali balikkebetulan warung tu tutup...merajuk ke Abas erk...hehehhehe....haah ambik ler gambo pemilik warung tu

~ Mummy Gee ~ berkata...

pesan kat Abas, krismas nanti sabtu dan ahad kami nak serbu kedai dia, pastikan kedai dibuka dan kuih pau yang sedap tu mesti jual...

MSOM berkata...

Mama Miraki,
Lelak itu agak misteri.......!
Walaupun saya dah curi2 nak snap gambar dia, dia cepat menoleh arah lain.

Namun dari sinar matanya,
dia tetap ingin juga seperti org lain
Ada anak, ada isteri

MSOM berkata...

Ooookey Mummy Gee,
Tetapi bekalan RADIX dan SUSU KAMBING dah berkotak saya hantar tadi,paling cepat sebulan lagi baru ke sana.