Ahad, 12 Disember 2010

JOM IKUT AKU MAKAN-MAKAN

Petang Sabtu Zailani mengajak aku makan-makan. Oleh sebab petang tu tak ada apa-apa program, aku setuju nak ikut. Jam 8.00 malam tiba di PRIME CITY HOTEL, Kluang. 

Bakal jutawan Zailani Ahmad

Usawan MLM Wahdini yang aktif Sdra Osman Juri, dari Parit Tengah

Blogger yang mencari berita bisnes. Kawan ajak makan-makan, apatah lagi kat hotel, tak kan nak tolak.

Juadah yang hebat-hebat disponsor oleh Pengarah Urusan Syarikat Wahdini

Jamuan habis jam 10.15 malam. Sdra Osman Bajuri dan Cikgu Zailani ajak aku ke Taman Impian Kluang, sempat jual barang lagi malam tu. Syarikat ini produk killernya ialah EF1 SOLUTION yang membersihkan enjin bak dioverhaul.

(Gambar-gambar ini disnap dengan kamera hand phone buatan China yang baru aku beli, kamera hand phone kan senang nak ambil candid berbanding kamera digital biasa, tak terang tak apa, asal aku dapat mencuri gambar-gambar mereka tanpa disedari oleh watak-watak itu).

2 ulasan:

BAHREYN berkata...

Msom... semoga menjadi salah seorang jutawan. Boleh bantu ramai orang yang daif kat Pt Sulong...Aminnn.

MSOM berkata...

En Bahreyn
Amin Ya Rabbal Alamin........
Tangan Yang Di atas lebih baik drp tangan yang di bawah.