Khamis, 9 Disember 2010

KALAU TAK BANGUN INNALILLAH

Aku tiba-tiba teringat satu kursus yang aku hadiri, agak-agak tujuh tahun lepaslah. Aku rasa pihak berkenaan nak memutihkan aku, kerana kursus tu siang malam asyik cerita kerajaan bagus, kerajaan sangatlah hebat. Seminggu cerita yang sama diulang-ulang. Aku pun bukannya ada tokoh nak jadi pembangkang macam Ahmad Sabu. Aku hanyalah aku yang merahsiakan parti politik aku.

Namun banyak-banyak tu ada dua isi penting yang sangat aku ingat dalam kursus di Alor Gajah tu. Tetapi isi lawaklah:
         
1. Dalam satu kuliah magrib tu salah seorang penceramah yang diundang ada   menutup ceramahnya begini

    "Yang baik datang dari Allah, yang tak baik datang dari..........TEKS INI.....bukan dari saya! Ha ha ha ha ha!" ustaz tu terbahak-bahak. Kami pun ketawa terbahak-bahak bersama-sama. Nampak sangat ustaz tu makan gaji. Patutlah ceramah tu macam siaran berita TV 1 je!

2. Kalau pihak pengurusan nak kejutkan kami, maka PA sistem seawal jam 5.00 pagi sudah berbunyi. Setiap bilik dorm ada PA  sistemnya. Setiap pagi ia akan berkata begini:

    " Sekarang menunjukkan pukul 5.00 pagi, Bangun! Bangun! Bangun.....
      Yang dah bangun ALHAMDULILLAH...............!!!!!!!
      Yang tak bangun INNALILLAHHHH.............!!!!!!!!!!

2 ulasan:

Imddin Ahmad berkata...

Mat Som, saya suka post macam ni...
Terus terbitkan sesuatu perkara yang jarang difikirkan rakyat Malaysia..

MSOM berkata...

Oh sungguh tak sangka, Imddin minat cerita macam ni, saja mengingat memori lalu