Jumaat, 10 Disember 2010

KENAPA TUKAR NAMA?

Maksud aku, bukan tukar nama diri. Blog ni aku tukar TAJUK UTAMA daripada nama penuh aku menjadi
SUARA SIMPANG KIRI. Sebab banyak yang aku ceritakan di sini banyak berkisar kawasan sepanjang
Sungai Simpang Kiri yang merentasi sebahagian Seri Medan dan Parit Sulong dan ke muara di Batu Pahat .

Yang tak tahu nama sungai tu mesti ingatkan aku sebagai golongan kiri. Pemberontak @ Puak berhaluan kiri . Perkataan kiri selalu dikaitkan dengan yang negatif. Iblis juga makan dengan tangan kiri.

Lagipun apabila aku taip nama aku kat Google, jadi takut pulak apabila nama aku bersepah-sepah sebab tajuk blog ni punya fasallah. Kalau aku nak sembunyi pun dah tak boleh. Tujuan aku cuma satu ,cuma nak promote produk yang aku jual, kerana ia kerja sambilan aku. Ramai orang merahsiakan no hand phone mereka. Aku? Aku tak boleh, sebab tu kerja aku yang kedua. Bisnes kenalah jomhebohkan satu Malaya!

Tetapi risikonya, macam-macamlah orang SMS aku. Yang baik ada, yang mengadu masalah pun ada. Yang nak ajak borak-borak kosong pun ada!

4 ulasan:

azana berkata...

2 la kan..first2 masuk blog ni.. tertanya gak nape suara simpang kiri..pelik.
ow..br sy tau..heheh

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

ha'a... macam pelik la tajuk blog ko ni.. memang aku dah tau apa yg ko maksudkan... cuma bila org tak tau, diorg ingat ko puak haluan kiri plak.. apa kata ko tuliskan keterangan kat profile ko atau kat side bar tu ke supaya takde yg salah phm.

MSOM berkata...

Datin Azana....wau dapat gelaran Datin.

Ya saya pun dah agak, orang akan muskil dengan perkara ini. Lepas ni mereka akan fahamlah apa itu SIMPANG KIRI.

MSOM berkata...

Om MM cadangan Puan akan saya buat...tunggu sebentar lagi. Rasa-rasa dalam keterangan fail.