Jumaat, 24 Disember 2010

LAGU PELAJAR BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN

Sekadar Gambar Hiasan

Keputusan PMR telah pun diumumkan. Dengarnya sana-sini ramai yang berjaya dengan cemerlang. Pendek kata macam tak ada yang tak berjaya. Yalah, keputusan peperiksaan adalah milik yang rajin dan gigih dalam pelajaran. Yang gagal bukan bermakna akan gelap dalam hidup. Arwah Sosilawati dulu pun bukan pelajar yang hebat. Daripada orang yang biasa menjadi orang yang luar biasa. 


Pagi tadi jalan-jalan di Parit Sulong meninjau perkembangan itu. Dengarnya SMK Datuk Sulaiman 21 calon PMR 2010 dapat 8A! Tahniah. Manakala jirannya SMK Penghulu Saad 8 calon telah dapat 8A. Juga Tahniah! Dulu semasa aku di sana, nak dapat seorang pun payah. Maklumlah sekarang ni lebih banyak kemudahan, kelas tambahan itu dan ini. Program pelbagai yang dihasilkan oleh tenaga-tenaga baru yang mahir belaka.


Buat yang berjaya tu. Aku nak tujukan lagu lama ni. Aku hafal betul lagu ni, sebab aku antara yang dikira berjayalah kononnya pada tahun 80-an tu (riak nampak? saja eksyen sikit petang ni) Cuma aku tak ada rezeki masuk U. Ada temu duga ke ITM pun aku tak pergi. Maklumlah pada masa itu, keluarga aku susah sangat. Kalaulah ada PETRONAS taja aku masa tu, mungkin sekarang ni aku dah jadi ahli koperat, taklah jual minyak kelapa dara ni.

Lagu ni aku nyanyikan hari-hari. Kalau tak silap penyanyinya DJ Dave. Lirik lagunya begini.....


Tajuk lagu: Lupa Pulak Dah
Hati sungguh berdebar
Rasanya tidak sabar
Menanti keputusan periksa............

Alangkah gembiranya 
Bila diberitahu
Aku mendapat markah terpuji.......... 

Ayah ibu berbangga guru dan kawan-kawan
Mengucapkan tahniah
Atas kejayaanku
Oh sebagai pelajar cemerlang
Air mata bercucuran
Kerana kuterharu
Demi berkat rajin usaha akhirnya berjaya......

Kepada kawan-kawan
Yang kandas pelajaran
Janganlah putus asa
Teruslah mencuba........

(Ulang 2 X)

Lagu ni elok dinyanyikan semasa hari anugerah cemerlang di sekolah anda nanti.







BERILAH SOKONGAN KEPADA BISNES AKU NI...KLIKLAH IKLAN NI...

6 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

alhamdulillah cikgu msom pun masih dalam kategori orang yang berjaya juga! masing2 berjaya dengan cara / rezeki masing2... :)

MSOM berkata...

BERJAYA dan BERSYUKUR,
Cuma belum dapat melancong ke kota-kota tersohor di dunia ini. Entah bila?

Mama Miraki berkata...

alahai kalau MS jadi tokoh koperat..tak adalah jumpa dalam blog ni yea...hehehehe..tak per...tak jual minyak petronas...jual minyak kelapa dara lagi ok apa...hehehehe

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

hahaha... ya baru aku teringat kisah kejayaan ko dlm SPM tu. Memang sungguh menggembirakan kami sekeluarga pd masa itu. Bila ko cerita semula hal ni... barulah aku tersentap dr lamunan yg pjg.. bersyukur menjadi diri kita yg skrg. Tak kisah la jual kelapa dara ke apa2 ke... tapi sekurang2nya kita telah membuat satu anjakan paradigma, tak la lg memanjat pokok kopi hanya semata-mata perlukan tambang utk ke bandar. Ohhh sungguh sadis semua nostalgia itu kan? T___T.

MSOM berkata...

Mama Miraki,
Eh, kurang-kurang pun mungkin saya jadi macam En Bahreyn, Penolong Kanan Sekolah Menengah kut?

Tapi, saya memang tak minat kerja di bahagian pentadbiran, maka Allah telah menentukan saya jadi guru sekolah rendah.

Namun saya tersentak satu hari tu saya tengok drama, dalam 3 tahun lepaslah. Seorang ayah yang kaya raya sedang berbual dgn anak perempuannya yang cantik jelita, topiknya fasal anak nak kahwin sangat.

"Pak we awak tu kerja apa?"
"Cikgu, ayah"
"Sekolah mana?"
"Cikgu sekolah kebangsaan"
"Ei....Nora, cikgu sekolah rendah aje? Cukup ke dia nak bagi awak makan nanti? Dah tak payah...cari yang lain, doktor ke, peguam ke..."

Itulah pandangan mereka tentang cikgu sekolah rendah, Mama Miraki.

MSOM berkata...

Miss Mirror,
Masa mohon maktab Perguruan pula nasib baiklah abang kita yang baik hati tu sanggup hantar aku ke JB untuk temu duga masa tu, kalau tak lagilah aku mungkin kerja kampung dah sekarang ini.

Yang aku pelik sampai sekarang, kakak MM yang dapat Pangkat 1-dan 18 Agreget , dengan Rampaian Sains dapat A1 pun tak diterima masuk ke mana2 Universiti hatta maktab perguruan.

Sebenarnya semuanya sudah qada dan qadar oleh Allah SWT. Dia telah ditakdirkan dia jadi Ustazah Sekolah agama kerajaan Johor.

Dan yang paling aku sedih ketika menghantar engko MM ke SMP. Kenapalah engko tak nak sangat Sekolah Menengah Tekbnik JB yang sangat tersohor di seluruh negara pada masa itu. Persetujuan aku memindahkan engko pada masa itu benar-benar satu kesilapan.

Sesampainya aku di sekolah SMP yang sungguh daif itu, yalah, sebagai sekolah swasta zaman 80-an, dengan dindingnya yang berlumut, tanpa library, namun kenapalah engo suka sangat sekolah itu. Kenapalah engko sanggup tinggalkan sekolah elit SMK Teknik, JB masih menjadi kekesalan yang tak sudah-sudah kepada aku.