Selasa, 14 Disember 2010

MAKAN BARANGAN TIRUAN

Kalau kita beli CD atau DVD cetak rompak, implikasinya merugikan penerbit dan menguntungkan lanun. TETAPI kalau kita terbeli makanan tiruan, alamatnya kesihatan kita dalam bahaya. Berita terkini daripada KOSMO ni agak menggusarkan. Adakah kita dah terminum Kicap Kipas Udang tiruan?


Setakat ni aku masih suka Kicap Jalen. Harap-harap tidak ada Kicap Jalen yang tiruan.


Aku pernah melihat satu pameran, di mana ubat-ubat termasuk Panadol, ada yang tiruan. Jadi kalau nak selamat belilah di Klinik atau Farmasi. Ada panduannya tu bagaimana nak bezakan yang tiruan dengan yang tulen. Macam Kopi Radix tu, ada juga Radix Tiruan. Radix biasa guna Mai Secawan, tetapi satu lagi dia guna Tak Minum Isteri Marah, macam buat lawak pulak. Beras pun ada yang tiruan....hati-hati.....!


Betapa banyak orang Seremban yang sudah memakan kicap tiruan tu. Kalau jumpa cicak dalam botol tu jangan terkejut.

4 ulasan:

Afzainizam berkata...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
Salam Ziarah buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
adoiiii sorry banyak tertinggal entry ko ni.... bussy sejak-sejak ni....

Sekarang ini barangan tiruan bersepah dan banyak di pasaraya, pasar malam, kedai
borong dan sebagainya...Penjualan barangan tiruan dilihat masih berleluasa di negara ini meskipun banyak
tindakan penguatkuasaan diambil. heran sungguh lahhh

MSOM berkata...

Tkasihlah Zam, sudi untuk menjengok ke sini dan andainya ada masa aku akan menjengah blogmu yang penuh dengan dunia oautomobil yang hebat itu.

Mama Janet berkata...

hei..kicap kipas udang tu ada yg tiruan ke...sy ni mmng suka kicap lemak manis tu.

MSOM berkata...

Habislah Mama Janet....!!!
Baik check kicap tu kut-kut dibuat daripada apa?