Khamis, 23 Disember 2010

MASA YANG PALING BAIK MENDIDIK ANAK

Kali ini aku masih berkisar tentang buku yang kami beli 15 tahun dulu. Buku tulisan Dr Mohamad Fadzilah Kamsah yang bertajuk Kecemerlangan Mendidik Anak. Ok  ...banyak-banyak isu yang dibincangkan di situ,  aku minat segmen tajuk MASA YANG PALING BAIK MENDIDIK ANAK. Beliau pun selalu sebut kat TV 3 tu. Jadi semasa baca cadangan beliau ni, bayangkan Dr Fadzilah tengah berceloteh di depan anda.
Bilakah masa yang paling sesuai mendidik anak Tuan-tuan, Puan-puan, Saudara-saudari?....



Ha yang pertama ialah:........Semasa anak-anak hendak Tidur......! Masa nilah sesuai nak ceramah baik-baik kepada mereka, sebab pada masa ini otak mereka tak ada lain, nak tidur je...(Aku minat kelambu ni, kawan facebook aku ada jual RM 60, nantilah bulan Februari aku order). Yang paling utama ialah sama-sama berdoa...doa hendak tidur.




Kedua, Dr Fadzilah kata semasa tidur. Ini yang aku tak faham ni. Agaknya kita cakap lembut-lembut. Nasihat bersama doa-doa mustajab agar anak jadi anak yang baik, taat perintah agama......Tak kan nak tengking-tengking budak tengah tidur. Mesti dia mimpi kena marah dengan raksasa.


Ketiga, pada masa mereka bangun tidur juga sesuai untuk kita mendidik mereka. Sekurang-kurangnya boleh ajar mereka kemas selimut, bantal. Doa bangun tidur jangan lupa. Bersyukur kerana Allah berikan lagi kehidupan untuk hari ini......


Bukan kanak-kanak sahaja, orang dewasa juga sedia untuk dinasihati sewaktu selepas solat. Tabligh gunakan kaedah ini. Kerana pada waktu ini orang masih belum nak berbual. Mereka masih mengabdi diri... Kalau dah pakai kasut, jangan harap nak nasihatkan mereka. Masa tu dah susah dah....! Macam-macam program dalam kepala. Nak main bola lah, nak berbasikal, nak memancing....macam-macam.


Kelima, selepas mengaji Al-Quran juga masa yang paling sesuai untuk mendidik anak. Mendidik ialah seperti menegur secara baik. Mencadangkan perkara-perkara yang positif. Sekarang ni zaman cari duit. Emak bapak sibuk cari duit, mendidik anak diserah kepada televisyen. TV kita pulak penuh dengan agenda mungkar. Rosaklah anak-anak kita. Oleh itu kita mesti imbangi dengan usaha-usaha kita yang tidak mengerti jemu dan lelah. Biarlah mereka menangis kerana kita hukum mereka hari ini, daripada nanti kita yang menangis kerana perbuatan onar anak-anak kita pada masa akan datang.



Keenam, ialah selepas mandi air suam. Ni kena tanya Dr Fadzilah ni. Mungkin apabila mandi air suam, ruang-ruang positif terbuka luas dalam minda anak-anak kita. Tetapi asal mereka selepas mandi, masa kita lapkan badan dan kepala meraka, masa tulah kita bermadah-madah sikit.....


Ketujuh, selepas riadah. Ai Dr .Fadzilah....tak penat ke mereka masa ini? Cubalah praktikkan nasihat dan didikan selepas riadah ni, berkesan tak?. Aku pun tak pernah cuba. Biasa pada masa nilah badan mereka paling kotor dan berbau.

Meleter adalah....elakkan meleter makcik semua! Hari tu kan seorang ibu tak akan meleter lagi  dalam hidup wanita itu.Kerana .......? Dia suka meleter kepada salah seorang anak yang selalu dalam keadaan kotor apabila balik bermain bola. Menyebabkan hari itu anak tersebut membasuh seluarnya yang kotor di tepi sungai. Tiba-tiba tergelincir dan mati lemas. Menyesal tak sudah ibu itu. Sejak tu wanita itu membisu dan sangat menyesal kerana meleter tak sudah-sudah sebelum ini.

Dan yang terakhir, masa yang paling sesuai mendidik anak ialah ketika selepas anak-anak ini berehat. Tetapi aku tengok dua orang anak lelaki aku tu macam tak ada rehatnya. Macam robot dibubuh bateri Ergenizer je aku tengok. Aku pulak yang penat tengok mereka tak rehat-rehat. Agaknya terlebih ajinomoto.
Oleh sebab aku dah bubuh alat ENTRI TERPELIHARA dengan INFOZI
Maka aku kena ubah corak entri aku supaya mempunyai isi dan mesej yang jitu. Kita kan kena ada perubahan ke arah yang lebih baik, agar ia memberi manfaat kepada pengunjung.

4 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

#6 mandi air suam tu pki water heater pun boleh kan..hehehe...takut tak sempat nak nasihat diorg nih dah berlari2 nak pakaikan baju ...;p

MSOM berkata...

Yalah tu SZ,
Mana ada orang mandikan anak dengan air panas menggelegak?
Pak Pandir je yang buat macam tu.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Mendidik anak sejak dr dlm kandungan lagi adalah sgt berkesan.. Oleh itu ibu2 mengandung mmg kena rajin2kan diri mengaji dan memilih pemakanan yg berzat, cukup kalsium dan segala vitamin2 lain.. Mana la tau keluar anak paling genius kt dunia kan.. atau tak pun... keluar anak paling jelita. Huu bestnya!!

MSOM berkata...

Jelita macam......?
Betul tu MM.
Bila nak iklankan madu kat Sinar Harian?